
Bajet 2011 sebenar lebih tinggi
- 25 October 2010
- Uncategorized
Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera Liew Chin Tong hari ini mendakwa jumlah peruntukan Bajet 2011 yang sebenar ialah RM214 bilion iaitu lebihan sebanyak RM2 bilion, berbanding RM212 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak di Parlimen 15 Oktober lalu.
Dalam satu kenyataannya hari ini, beliau berkata, pada tahun-tahun yang lepas sebelum bajet ini, peruntuhan tambahan adalah untuk “simpanan luar jangka” dan disifatkan sebagai sebahagian dari angka global.
“Untuk 2011, sebanyak RM2 bilion diperuntukan untuk tujuan itu di mana menteri kewangan cuba untuk menyembunyikannya dari pengetahuan orang ramai. Jumlah sebenar ialah RM213,987,217,000 atau RM214 bilion,” katanya.
Beliau juga menyanggah kenyataan Najib bahawa jumlah peruntukan Bajet 2011 ialah RM212 bilion dengan 2.8% lebih tinggi dari peruntukan 2010.
“Kedua-dua angka ini salah!……RM214 bilion merupakan peningkatan yang sangat tinggi dari RM191 bilion yang diperuntukan pada 2010. Peningkatan sebanyak 12%,” kata Liew.
Berikutan pendedahan ini, kata Liew, menteri kewangan dan perbendaharaan belum lagi memberi maklum balas dan memohon maaf kepada Parlimen tentang kesilapan ini.
“Menteri Kewangan seharusnya memohon maaf kepada Parlimen atas tindakan beliau menyembunyikan angka RM2 bilion ini dari pengetahun orang ramai dalam ucapan Belanjawannya di Parlimen 15 Oktober lalu,” katanya.
Memandangkan hal ini, Liew menyeru menteri kewangan dan perbendaharaan untuk membetulkan kesilapan itu bagi memelihara integriti proses menyiapkan bajet dan kesucian Parlimen.” Jika Perbendaharaan gagal membetulkan kesilapan ini kata Liew, keseluruhan pemerosesan bajet di Parlimen tidak bermakna.
Share this article
Related Articles


- 26 Sep 2022·
Ending low pay

- 2 Jul 2022·
𝗧𝗵𝗲 𝗔𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗻𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀: 𝟮𝟱 𝘆𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗼𝗻
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.