Proses hampir 1.1 juta pengundi baru

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memproses 1,096,777 pengundi baru sepanjang 2010.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz :berkata, daripada jumlah itu, permohonan pendaftaran pemilih baru 2010 adalah sebanyak 820,156 dan 276,621 pada 2009.

“Kedua-dua jumlah ini diproses dalam tahun sama. Jumlah permohonan pendaftaran baru ini berbeza setiap tahun bergantung kepada kesedaran rakyat.

“Jumlah dipengaruhi sentimen dan keadaan politik semasa. Berdasarkan trend jumlah permohonan adalah rendah selepas berakhir pilihan raya umum dan berlaku peningkatan ketara apabila masyarakat menjangkakan tarikh pilihan raya semakin hampir,” katanya menjawab soalan daripada :Liew Chin Tong (DAP – Bukit Bendera).

Liew dalam soalannya, meminta penjelasan bilangan pegawai SPR yang ditugaskan seluruh negara untuk memproses pendaftaran pemilih baru dan jumlah permohonan pendaftaran pemilih baru yang dapat diproses dalam setahun.

Beliau turut meminta menteri menyatakan tempoh purata diambil pegawai SPR untuk memproses satu permohonan pendaftaran pemilih.

Nazri berkata, SPR mempunyai 132 pegawai serta kakitangan yang berkhidmat secara tetap dan sehingga Ogos 2011 SPR telah melantik seramai 10,865 Penolong Pendaftar Pemilih (PPP).

“Sebanyak 5,845 PPP dari wakil parti politik, 3,992 (wakil jabatan), 779 (wakil pertubuhan bukan kerajaan) dan 249 wakil universiti.

“Mereka membantu SPR menerima permohonan pendaftaran baru dan pendaftaran tukar alamat pusat mengundi. Pelantikan ini bagi satu tempoh tertentu dan penamatan boleh dilakukan pada bila-bila masa,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan PPP cenderung menghantar borang permohonan pada bulan ketiga setiap suku tahun untuk diproses.

Beliau berkata, sebanyak RM500,000 diperuntukkan bagi tahun 2011 untuk tujuan pendaftaran pemilih.

“Tempoh bagi satu-satu permohonan diterima SPR sama ada untuk mendaftar sebagai pemilih baru atau pertukaran alamat pusat mengundi mengambil masa tiga hingga lima bulan,” katanya.

Sinar Harian
Berita Harian

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Harmonising ESG practices

In the 1970s, Milton Friedman talked about the purpose of a corporation. He argued that a corporation had only one purpose — to make profits for its shareholders. For over…
Read More