Kontrak diberi, tanah bakal diambil?

GEORGE TOWN, 18 JAN: Mungkinkah ada konspirasi oleh kerajaan UMNO-Barisan Nasional dalam pemberian projek dan kontrak kepada jutawan Malaysia Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk membolehkannya mengambil alih tanah?

Jutawan yang mula terkenal pada zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohammad ini dilihat semakin “garang” meluaskan empayar beliau dengan membeli saham syarikat-syarikat utama negara.

Keadaan ini menimbulkan persoalan sama ada wujud “hasrat tersembunyi” beliau untuk mengambil tanah-tanah berharga di beberapa kawasan penting di Malaysia.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong berkata, adalah menjadi tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Kewangan untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia pendirian kerajaan berhubung perkara ini.

“Ia menimbulkan persoalan sama ada wujud konspirasi peringkat tertinggi oleh kerajaan persekutuan untuk memindahkan aset terutamanya tanah kepada Syed Mokhtar sekiranya berlaku perubahan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Liew yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP, dalam kes terbaru pembelian Proton oleh DRB-Hicom, Syed Mokhtar turut dilihat akan mendapat sebidang tanah milih Proton seluas 250 ekar di Shah Alam.

Selain itu, katanya, Syed Mokhtar melalui MMC Corp merupakan salah satu “rakan kongsi penghantaran” dalam projek MRT Lembah Klang.

“(Projek MRT itu) akan memberikan beliau peluang dan menggunakan tanah-tanah strategik di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Beliau menjelaskan, jutawan tersebut telah mengambil alih Pos Malaysia April lepas, yang mana Pos Malaysia mempunyai banyak tanah berharga di seluruh pelusuk negeri sekitar Malaysia.

Tambah Liew yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Syed Mokhtar juga sedang “mengekori” KTM Berhad yang mempunyai tanah yang banyak sepanjang Semenanjung Malaysia.

“(Malah) perusahaan utama beliau – MMC Corp dan DRB-Hicom – juga terlibat dalam pelbagai sektor dan industri di peringkat kebangsaan secara strategik dengan berbilion-bilion kontrak untuk mengawal beras, gula sehinggalah penjanaan tenaga bebas,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, Syed Mokhtar juga bersedia untuk memasuki ruang telekomunikasi melalui “pendatang baru” Puncak Semangat, yang dilaporkan sebagai antara pemenang terbesar untuk peruntukan spektrum 4G.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More

Four major challenges confronting us

I attended the Progressive Alliance conference titled “Asia’s Social Democratic New Deal for Peace, Democracy, Recovery, Sustainability” in KL over the weekend. The conference was officiated by DAP Secretary-General Sdr…
Read More