Mencari Menteri Luar Negeri yang baru dan berkebolehan

Kenyataan Media oleh Liew Chin Tong, Setiausaha Antarabangsa dan Ahli Parlimen Bukit Bendera di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 12 Mac 2012

Mencari Menteri Luar Negeri yang baru dan berkebolehan

Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak perlu mengambil peluang atas keputusan perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk merombak semula kabinet beliau yang lesu dan berprestasi rendah.

Barisan cabinet yang terbaru itu perlu mempunyai Menteri Luar Negeri yang baru.

Saya telah pun sediakan soalan-soalan berikut untuk ditujukan kepada Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Anifah Haji Aman pada sidang parlimen sesi ini, meminta beliau menyatakan kekerapan kehadiran Menteri sejak dilantik dari tahun 2009 hingga 2012:

a) Kekerapan kehadiran menteri dalam hari di Wisma Putra, Putrajaya dan Kuala Lumpur
b) Kekerapan kehadiran menteri dalam hari di Kota Kinabalu dan Kimanis.
c) Kekerapan kehadiran menteri dalam hari di luar negeri untuk urusan rasmi

Soalan-soalan ini telah diajukan berikutan dengan dakwaan yang dibuat oleh bekas diplomat Dennis Ignatius dalam rencananya “Wisma Putra adrift in foreign affairs”(Wisma Putra hanyut dalam hal ehwal negara) dalam akhbar The Star pada 9 Februari 2012 bahawa “Wisma Putra tidak lagi mempunyai keupayaan untuk menyediakan nasihat yang strategik dan mantap kepada Kerajaan.”

Berikutan prestasi Wisma Putra yang hambar dan policy luar negara yang kurang arah tuju yang konkrit oleh Kementrian Luar Negeri , sudah tiba masanya Najib melantik Menteri Luar Negeri yang baru.

Portfoilio kementerian Luar negeri ini adalah antara yang paling penting dalam mana-mana kerajaan kerana kepentingan negara selalunya terletak dalam caranya mengendalikan negara-negara jiran dan hal ehwal dunia.

Anifah tidak mempunyai kepimpinan yang sesuai bagi meletakkan Malaysia ke hadapan dalam hal ehwal antarabangsa seperti yang ingin dicapai oleh kementerian tersebut.

Pada masa ini, Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), salah satu organisai yang kita sertai, memainkan peranan yang kurang relevan dalam hal ehwal dunia berbanding daripada apa yang mereka pernah lakukan dahulu. Semua ini boleh dikaitkan dengan Malaysia memberi tumpuan kepada kepada dasar luar yang reaktif dan bukannya proaktif.

Wisma Putra yang lebih memberikan tumpuan utama terhadap isu-isu pentadbiran dan perkhidmatan consular telah gagal dalam menyediakan dasar yang jelas untuk memenuhi agenda luar negara kita. Hasilnya, kerajaan telah memilih “komunikasi strategic global” yang diuruskan oleh firma dan penasihat asing sebagai agenda utama luar Negara.

Ini dilihat apabila kerajaan Malaysia membayar syarikat perhubungan awam Komunikasi Factbased (FBC) Media untuk membuat satu siri yang mempunyai lapan dokumentari untuk BBC mengenai Malaysia. Ini merupakan satu pelanggaran etika.
Dari segi lawatan diplomatik, lawatan yang dibuat kebanyakannya hanya bagi tujuan formaliti tanpa objektif yang jelas.

Secara amnya, Anifah menghabiskan lebih banyak masa di Kota Kinabalu ataupun Kimanis, bermain politik, dan bukannya berada di negara-negara asing untuk menggalakkan hubungan yang lebih konstruktif dengan Malaysia.

Ianya memalukan kerana hanya di Malaysia, kita lihat Menteri Pelancongan, yang sepatutnya menggalakkan pelancongan tempatan, mengahabiskan lebih banyak masa di luar Negara berbanding Menteri Luar Negeri.

Liew Chin Tong

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles