
Tahniah kepada Dr Muhammad Morsi dan rakyat Mesir
- 20 June 2012
- Uncategorized
Pakatan Rakyat mengambil maklum tentang kejayaan yang dilakar calon Parti Pembebasan dan Keadilan (FJP), Dr. Muhammad Morsi menerusi peratusan undi melebihi 50 peratus di dalam keputusan Pilihanraya Mesir yang paling mutakhir. Kami juga bersama dalam mengucapkan tahniah kepada Dr. Muhammad Morsi yang dipilih majoriti rakyat Mesir dan menyaksikan sokongan menyeluruh kumpulan konservatif dan juga kelompok sekular atas nama demokrasi.
Keputusan ini dicatat oleh Parti FJP di dalam suasana tegang yang menyaksikan pengumuman Menteri Keadilan lantikan tentera Mesir yang mengumumkan darurat, justeru memberi kuasa penuh kepada Tentera Mesir sekaligus membubarkan parlimen.
Pun begitu, dokongan dan undi majoriti yang masih diraih Dr. Morsi membuktikan iltizam warga Mesir untuk memilih kerajaan demokratik, bukannya sebarang regim yang masih berada di dalam genggaman ketenteraan.
Pengumuman tentera Mesir juga tidak membantu kuasa parlimen Mesir untuk melakar deraf perlembagaan baru bagi Negara tersebut, yang akhirnya merampas kuasa serta hak yang termaktub dalam mana-mana Negara demokrasi.
Sehubungan dengan itu juga, KEADILAN, PAS dan DAP meminta pihak kerajaan Malaysia, Majlis Tertinggi Ketenteraan Mesir (SCAF) dan masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya untuk menghormati keputusan majoriti rakyat Mesir dan tidak campur tangan demi memastikan ketenangan dan semangat demokrasi kekal bersinar di Mesir.
Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor
Share this article
Related Articles


- 2 Jul 2022·
𝗧𝗵𝗲 𝗔𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗻𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀: 𝟮𝟱 𝘆𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗼𝗻

- 29 Jun 2022·
Four major challenges confronting us
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.