Moratorium hukuman mati

Kenyataan Media

 

Moratorium hukuman mati

1. Kami, ahli-ahli parlimen dari pelbagai parti dengan kapaciti peribadi, menyambut baik cadangan Kerajaan melalui Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkenaan moratorium hukuman mati sementara kajian semula dijalankan.

2.  Pengumuman ini bersependapat dengan ketetapan Mesyuarat Meja Bulat Parlimen pada 27hb Jun 2011 yang dihadiri oleh ahli-ahli parlimen dan tokoh-tokoh perundangan. Mesyuarat Meja Bulat tersebut mencadang bahawa semua hukuman mati mandatori dikaji semula supaya pihak kehakiman diberikan kuasa dikresi (discretion), dan sementara hukuman mati mandatori dikaji semula, perlaksanan hukuman mati terhadap banduan di hujung proses perayuan ditangguhkan.

3. Menurut Datuk Seri Nazri Aziz, seramai 900 banduan telah dihukum mati. Bilangan ini juah tinggi daripada jumlah  seramai 696 orang banduan pada Februari 2011.

Dalam jawapan parlimen kepada Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera pada Mac 2011, Kerajaan mengesahkan bahawa seramai 441 orang telah digantung mati sejak tahun 1960, termasuk 228 orang yang terlibat dalam jenayah dadah, 78 orang yang terlibat dalam pembunuhan, 130 orang lain terlibat dalam pemilikan senjata api tanpa keizinan, 4 orang terlibat dalam peperangan terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan seorang kerana penculikan.

Sehingga 22hb Februari 2011, seramai 696 orang banduan, termasuk 479 orang yang terlibat dalam kes dadah, 204 orang dalam pembunuhan, dan 13 orang dalam kes pemilikan senjata api tanpa keizinan.

4. Ramai yang terlibat dalam kes jenayah dadah bukan penjenayah utama yang menguasai pasaran pengaihan dadah. Ini terbukti dalam kes-kes melibatkan warga Malaysia di negeri-negeri lain.

5. Adalah pandangan kami bahawa sudah tiba masanya pengajian semula hukuman mati mandatori untuk kes jenayah dadah diadakan supaya pihak kehakiman dikembalikan kuasa diskresi untuk menjamin keadilan untuk semua.

 

Ahli Parlimen Pantai Dalam

Nurul Izzah Anwar

 

Ahli Parlimen Bukit Bendera

Liew Chin Tong

 

Ahli Parlimen Tawau

Chua Soon Boi

 

Ahli Parlimen Sibu

Wong Ho Leng

 

 

 

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More