DAP bergembira kenaikkan taraf Palestin di PBB

Kenyataan Media Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong di Kuala Lumpur pada 2.12.2012

Parti Tindakan Demokratik (DAP) bergembira bersama majoriti besar masyarakat dunia yang menyokong ketetapan Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan ketetapan untuk menaikkan taraf Palestin kepada “negara pemerhati bukan ahli” (non-member observer state).

Kami bangga dengan semangat solidariti yang ditunjukkan oleh negara-negara di dunia ini yang tidak tahan lagi dengan kezaliman dan kekejaman rejim Israel yang terus menindas rakyat Palestin, walaupun sentiasa dikritik oleh masyarakat global.

Sehubungan itu juga, kami kesal dengan sikap Amerika Syarikat dan Israel – bersama tujuh negara kecil yang lain – yang masih tidak pedulikan pandangan dunia sedangkan tindakan ketenteraan Israel sering menjadikan orang awam Palestin sebagai mangsa.

Malah, DAP mengutuk tindak balas Israel yang sengaja melakukan provokasi selepas keputusan PBB diumumkan, iaitu dengan meluluskan rancangan pembinaan 3,000 rumah-rumah baru Israel yang mencecah masuk kawasan Palestin.

Justeru, DAP memuji pendirian Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang dilaporkan berkata bahawa jika Israel berundur sepenuhnya dari sempadan wilayah yang ditakluki dan dijajah selepas Perang 1967; jika Baitul Maqdis (Jerusalem) menjadi ibu negara Palestin; dan jika pelarian Palestin mendapat penyelesaian yang wajar; maka Pihak Berkuasa Palestin (PA) memberi jaminan akan mendapatkan sokongan kesemua 57 negara dan wilayah Arab/Islam untuk mengiktiraf kewujudan Israel.

Kami berharap berharap langkah PBB yang menaikkan taraf Palestin itu akan terus ditingkatkan supaya Palestin pada suatu hari nanti dapat menikmati hak asasi sebagai sebuah negara berdaulat, sebagaimana yang pernah dipersetujui bersama sebelum ini.

Liew Chin Tong

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More

Four major challenges confronting us

I attended the Progressive Alliance conference titled “Asia’s Social Democratic New Deal for Peace, Democracy, Recovery, Sustainability” in KL over the weekend. The conference was officiated by DAP Secretary-General Sdr…
Read More