Kabinet baru Najib, jalan pemusatan kuasa Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 16 MEI: ‘Perdana Menteri Diktator’ adalah kesan langsung daripada pengumuman Kabinet baru Perdana Menteri Najib Razak yang menjadikan jemaah menterinya itu hampir tidak relevan.

Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong ketika mengulas struktur Kabinet badan eksekutif yang memperlihatkan kapasiti Jabatan Perdana Menteri yang kian membelon.

“Lebih satu pertiga daripada 32 ahli Kabinet beroperasi secara rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri, iaitu Perdana Menteri sendiri, Timbalan Perdana Menteri dan lapan Menteri penuh. Tambahan daripada lima Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dalam kabinet sebelum ini,” kata Chin Tong dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut beliau yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP, pemusatan kuasa yang terlalu bertumpu kepada Jabatan Perdana Menteri pastinya dicemburui perdana menteri negara Komanwel lain memandangkan jabatan itu kini bertanggungjawab untuk hampir semua perkara, sehinggakan menteri Kabinet lainnya hampir tidak diperlukan.

“Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab menguruskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Biru Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA); yang secara wajarnya diletakkan di bawah pemantauan Parlimen,” ujar Chin Tong.

Bagi beliau, Perdana Menteri tidak mengikuti tradisi sebenar kabinet Westminster yang sepatutnya berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang secara kolektif.

Menurutnya, tidak pernah terjadi dalam Komanwel seorang Perdana Menteri turut memegang jawatan Menteri Kewangan untuk tempoh berikutnya. Malah Najib Razak mempengerusikan Majlis Ekonomi Negara, sebuah badan yang lahir pasca PRU pada 2008 yang memintas kabinet dan membuat keputusan ekonomi bagi pihak kabinet.

“Peranan Menteri Kewangan dalam demokrasi Westminster ialah berperanan sebagai orang nombor 2 dalam kabinet dengan tanggungjawab memantau dan meneliti prestasi kementerian lain melalui pemeriksaan belanjawan dan pengauditan kewangan,” ujar Chin Tong yang menegaskan bahawa komponen ini sangat berkurangan dalam struktur kabinet Malaysia. – Roketkini.com

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More

Four major challenges confronting us

I attended the Progressive Alliance conference titled “Asia’s Social Democratic New Deal for Peace, Democracy, Recovery, Sustainability” in KL over the weekend. The conference was officiated by DAP Secretary-General Sdr…
Read More