
Sekatan internet 1bestarinet
- 7 November 2013
- Uncategorized
Kenyataan bersama Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong; Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari pada 7 November 2013, di Kuala Lumpur
Objektif projek 1BestariNet yang dikelolakan Kementerian Pelajaran antara lain adalah untuk “mengubah arena pendidikan dan menjadikan Malaysia sebagai model cemerlang di dalam pembelajaran bersepadu berteras Internet “ menurut laman web YTL Communications (http://www.ytlcomms.my/bm/
Namun jika dilihat dengan lebih dekat, kita dapati yang sebaliknya sedang berlaku, di mana wujud kawalan dan sekatan yang dikenakan oleh pihak pengelola projek tersebut.
Kami dapati bahawa pihak Kementerian telah menghalang akses kepada beberapa laman web dan blog seperti di bawah:
Laman web/blog pimpinan DAP:
- dapmalaysia.org (DAP Malaysia)
- liewchintong.com (Liew Chin Tong)
- ongkianming.com (Ong Kian Ming)
- zairil.com (Zairil Khir Johari)
Malahan, entiti terkait BN seperti laman web MCA (mca.org.my) dan laman web Pemuda UMNO (pemudaumno.org.my) juga turut dihalang aksesnya untuk sebab-sebab yang tidak diketahui.
Turut tidak dihalang aksesnya adalah organ rasmi UMNO, umno-online.my, laman web Wanita UMNO, wanitaumno.my dan portal Puteri UMNO, puteriumno.my
Memandangkan 1BestariNet adalah sebuah projek yang bertujuan untuk menggalakkan budaya pengajaran dan pembelajaran yang akan menjadi kayu ukur piawaian pendidikan pada masa akan datang, adalah sangat menghina sekali untuk meletakkan kawalan dan sekatan ke atas maklumat yang boleh diakses oleh guru dan pelajar.
Ia adalah penghinaan tambahan kepada profesyen perguruan, yang sudah pun dibebani setakat ini dengan segala macam tugas pentadbiran, ketimbang urusan mengajar dan memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak kita. Kini kebebasan mereka untuk mendapatkan maklumat pun disekat dengan tindakan menghalang akses laman-laman web ini.
Selain daripada beberapa laman web berkaitan DAP, kami amat pasti bahawa MCA dan Pemuda UMNO juga turut berminat untuk mengetahui kenapa laman web mereka turut terhalang.
Justeru kami menuntut penjelasan daripada Kementerian Pelajaran tentang sebab musabab akses ke laman-laman tersebut dihalang, sama ada secara sengaja atau sekadar kesilapan dalam sistem rangkaian terbabit. Kami juga menuntut penjelasan tentang pendirian Kementerian tentang polisi kerajaan dan MSC bahawa internet tidak boleh ditapis.
Share this article
Related Articles


- 26 Sep 2022·
Ending low pay

- 2 Jul 2022·
𝗧𝗵𝗲 𝗔𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗻𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀: 𝟮𝟱 𝘆𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗼𝗻
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.