Isu tempatan Kluang dibawa ke Parlimen

Parlimen Malaysia

Isu tempatan Kluang terus mendapat perhatian kebangsaan apabila Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong membangkitkan tiga isu penting di dalam sesi perbahasan parlimen.

Liew membawa isu mengenai keperluan untuk membina pembahagi jalan (road divider) di Jalan Batu Pahat-Kluang untuk perhatian Dewan. Kawasan ini yang dikenali sebagai Jalan Persekutuan 50, merupakan kawasan bahaya kemalangan.

“Saya minta Kementerian Kerja Raya supaya mendirikan pemisah jalan di Jalan Batu Pahat yang menyeberangi kawasan parlimen Kluang dan Ayer Hitam.

“Saya telah minta kementerian untuk memberikan ulasan sejak tahun lepas tetapi belum mendapat jawapan lagi,” kata Liew semasa perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2013 (2014).

Kemalangan berlaku disebabkan jalan tersebut yang lebar dan lurus menyusahkan penduduk untuk membelok masuk atau keluar ke simpang perumahan yang berdekatan dengan jalanraya sibuk tersebut.

Perubahan iklim perlu dibincangkan segera

Liew juga meminta kerajaan untuk menekankan perubahan iklim (climate change) kerana kemarau yang berpanjangan luar biasa telah menyebabkan catuan air dilaksanakan bukan sahaja di Kluang malah menjejaskan beberapa tempat terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Saya hendak minta kerajaan keluarkan dasar perubahan iklim dan mengkaji infrastruktur yang sedia ada. Adakah infrastruktur bersedia menangani isu climate change?

“Saya minta kerajaan kalau boleh menumpukan di kawasan Kluang kerana ia menghadapi bekalan air yang berkurangan serta catuan air terawal di seluruh negara.”

Beliau juga menyeru bahawa kerajaan persekutuan meluluskan pemintaan Kerajaan Negeri Johor mendapat kuasa pengendalian Empangan Sembrong—membekalkan hampir separuh pemintaan air Kluang—daripada Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Saya sokong cadangan tersebut. Saya minta kerajaan mengambil kira dan memberi pertimbangan.”

Penduduk Kluang telah menghadapi catuan air yang menganggui kehidupan harian sejak Febuari sehingga akhir Mac.

Dirikan stesen pengawasan kualiti udara

Selain itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar disaran untuk mendirikan stesen pengawasan kualiti udara di bandar-bandar utama Johor seperti Kluang, Batu Pahat dan Segamat, tambahan Liew.

Liew yang juga Pengerusi DAP Johor berkata, kewujudan stesen pengawasan adalah untuk memudahkan penduduk tempatan mengetahui index pencemaran udara memandangkan jelebu sering melanda di tanahair kemarin.

Beliau telah menyuratkan isu tersebut kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Seri G.Palanivel, namun masih belum mendapat balasan lagi.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More