
Apakah sejarah akan berulang?
- 26 April 2014
- Uncategorized
Saya masih ingat bagaimana satu Malaysia kecoh dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah pada Januari 2010. Gereja dibakar, emosi muslim dihasut. Saya dimaklumkan oleh seorang Menteri kanan, bahawa Menteri Dalam Negeri ketika itu, Hishammuddin Hussein memberi jaminan kepada PM Najib dalam mesyuarat biro politik UMNO – isu kalimah Allah semestinya akan memecah-belahkan Pakatan Rakyat dalam tempoh beberapa bulan.
Ramai muslim tidak menyetujui penggunaan kalimah Allah oleh bukan-muslim, barangkali kerana dipengaruhi propaganda konservatif yang disebarkan UMNO dan Utusan Malaysia. Namun demikian, golongan utama yang menggunakan Kitab Injil bahasa Melayu dan kalimah Allah adalah penganut kristian Sabah dan Sarawak. Malah ada yang telah menggunakan bahasa Melayu untuk berdakwah sejak satu atau dua abad yang lalu. Isu yang bukan isu ini telah menjadi isu pertikaian identiti sekarang.
Dalam perkiraan UMNO, PAS terpaksa membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim lantaran tekanan umat Islam. Pemimpin PAS, terutamanya Presiden Tuan Guru Hadi Awang jelas lebih memahami ajaran Islam berbanding pemimpin UMNO. PAS mengambil pendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh disalahgunakan oleh agama lain, tidak boleh digunakan untuk berdakwah, tetapi penganut agama samawi dibenarkan untuk menggunakannya seandainya ini amalan tradisional. Pakatan tidak pecah berkecai sebagaimana yang dirancang UMNO, malah terus bertahan sehingga ke hari ini.
PRU tahun 2008 dan 2013 menyaksikan senario Malaysia di mana kekuatan pemerintah dan pembangkang terikat pada 50-50 dari segi undi. Pakatan telah memohon untuk mendaftarkan dirinya sebagai satu entiti berdaftar sejak tahun 2009, namun tidak diluluskan. BN enggan menerima Pakatan sebagai gabungan yang setara dan mungkin menggantikan BN sebagai kerajaan persekutuan pada masa depan. BN terus memerintah dengan pendekatannya sebagai parti yang dominan.
Perhitungan BN adalah Pakatan akan berpecah suatu hari nanti, dan BN akan terus memerintah sebagai parti dominan untuk berabad-abad. Percaturan UMNO-BN terkini adalah memusnahkan Pakatan sebelum pelaksanaan GST pada 1 April 2015. Pakar strategi BN semestinya jelas bahawa pelaksanaan GST bakal mencentuskan ombak rungutan rakyat yang mungkin menumbangkan BN. Satu-satu langkah pencegahannya adalah memusnahkan Pakatan sebelum dimunsnahkan Pakatan.
Formula UMNO-BN boleh diringkaskan seperti berikut: Pertama, penjarakan Dato Seri Anwar Ibrahim dan menimbulkan pergelutan dalaman PKR, supaya PKR dihancurkan dirinya; Kedua, membatalkan pendaftaran DAP; Ketiga, mengumpan pemimpin PAS untuk membincangkan Hukum Hudud, kemudian UMNO menyokong PAS untuk melaksanakan Hudud di Kelantan. Dengan ini DAP dan PKR terpaksa mengasingkan diri mereka daripada PAS. Pakatan akan kehilangan DAP atau PAS, dan terus menjunam selepas itu; Keempat, seandainya Pakatan tetap kental semangatnya, maka pemimpin utama akan dipenjarakan atau ditahan. Parti akan didominasi oleh pemimpin yang gagal melihat politik dari kerangka yang menyeluruh. Kemudian parti komponen Pakatan akan bercakaran sesama diri, dan akhirnya hilang semangat untuk berjuang menentang UMNO.
UMNO-BN mungkin boleh menerima PAS untuk terus memerintah di Kelantan, dan juga DAP di Pulau Pinang, selagi visi besar untuk menawan Putrajaya menjadi mustahil. Namun demikian, tanpa visi besar untuk menukar kerajaan di peringkat persekutuan, Pakatan yang memerintah di negeri masing-masing tetap tumbang pada suatu hari nanti.
Sejarah sedemikian pernah kita alami. Dalam PRU tahun 1990, PAS telah merampas semula Kelantan kerana wujudnya visi membentuk kerajaan alternatif di peringkat persekutuan bersama Semangat 46. UMNO mengambil keputusan untuk beralih ke kedudukan pertengahan sebagai langkah memikat undi bukan Melayu. Hubungan PAS dengan DAP pula ditamatkan selepas PAS membawa semula agenda Hukum Hudud ketika itu.
Pada tahun 1999, PAS meraih kemenangan lantaran gelombang Reformasi yang tercetus selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Mahathir menahan pemimpin PKR yang paling kental semangat perjuangannya pada April 2001. Mulai Jun 2001, PAS diheret ke dalam perbincangan agenda Negara Islam oleh Utusan dan pemimpin UMNO. DAP menarik diri dari Barisan Alternatif pada 22 September 2001. Pada 29 September, Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia adalah negara Islam, dan mendesak agar PAS tampil dengan versi Negara Islam-nya. PAS akhirnya mengetengahkan Dokumen Negara Islam yang lebih konservatif berbanding Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21 yang lebih terbuka dan sederhana – menjurus kepada kekalahan dalam PRU11 pada tahun 2004.
Apakah sejarah akan berulang? Apakah PAS akan meninggalkan usahanya sejak tahun 2005 untuk meletakkan dirinya di kedudukan pertengahan dalam politik Malaysia? Seandainya DSAI dimasukkan ke dalam penjara, apakah PKR mampu mara ke depan melangkaui Anwar? Bagaimana DAP bersatu di bawah satu bumbung dalam keadaan paling buruk, pada masa yang sama perlu menarik sokongan selain daripada Cina dan India, malah menerokai gelanggang di luar Pulau Pinang, bahagian utara dan tengah Semenanjung Malaysia?
Mampukah Malaysia membebaskan dirinya dari cengkaman BN, dan menerokai kemungkinan baru? Meskipun cabarannya sengit, tetapi saya yakin bahawa kita mempunyai hikmah yang memadai untuk menamatkan kuasa BN.
Share this article
Related Articles


- 22 Sep 2023·
Harmonising ESG practices

- 16 Sep 2023·
𝗪𝗵𝗮𝘁 𝗜 𝘂𝗻𝗱𝗲𝗿𝘀𝘁𝗮𝗻𝗱 𝗮𝗯𝗼𝘂𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗵𝗶𝗴𝗵𝗲𝗿 𝗽𝘂𝗿𝗽𝗼𝘀𝗲 𝗼𝗳 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝘆
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.