
PR tetap tidak berganjak
- 3 August 2014
- Uncategorized
JOHOR BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) negeri mendesak kerajaan menangguhkan segera pelaksanaan kadar tol baharu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar, di sini, yang bermula kelmarin.
Pesuruhjaya Pas negeri, Aminolhuda Hassan berkata, ini berikutan kerajaan perlu mendedahkan kepada rakyat tentang kedua-dua perjanjian konsesi iaitu Plus Malaysia Berhad (Plus) telah mengutip tol di situ sejak lebih 20 tahun tanpa membina sebarang lebuh raya di antara CIQ Bangunan Sultan Iskandar dengan Lebuh Raya Utara Selatan.
Menurutnya, kutipan dianggarkan berjumlah antara RM867 juta hingga RM1.5 billion dalam tempoh tersebut dan jumlah itu telah melebihi kos pembinaan Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) oleh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) iaitu RM977 juta termasuk pengambilan tanah kira-kira RM250 juta.
“Sepatutnya pembinaan dan penyelenggaraan EDL dilaksanakan Plus dengan menggunakan kutipan tol daripada pengguna selama ini tetapi sebaliknya pembinaan EDL dilaksanakan melalui konsesi penswastaan selama 34 tahun kepada MRCB Southend Link Bhd iaitu anak syarikat MRCB.
“Kerajaan Persekutuan kemudiannya pada tahun 2012 telah mengambil alih EDL dengan bayaran pampasan kepada MRCB sebanyak RM68 juta bagi tempoh April hingga Disember 2012 dan bayaran RM11 juta sebulan selama tempoh perjanjian konsesi penswastaan.
“Apa yang berlaku menunjukkan rakyat telah membuat dua kali bayaran bagi projek sama.
“Kerajaan perlu mendedahkan kepada umum bagaimana jumlah pampasan EDL ditentukan kerana ia melibatkan wang rakyat melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji yang masing-masing memegang saham 40 peratus dan 20 peratus saham dalam MRCB,” katanya pada sidang media, semalam.
Hadir sama, Ketua Pembangkang negeri merangkap Adun Skudai, Dr Boo Cheng Hau; Timbalan Pengerusi Pas negeri, Dzulkifli Ahmad dan Ketua Biro Guaman PKR negeri merangkap Adun Bukit Batu, Jimmy Phua.
Aminolhuda berkata, terdapat usaha dilakukan pihak tertentu untuk mengalihkan isu pokok kenaikan tol di KIK dengan kenaikan bayaran caj permit kenderaan asing (VEP) yang dikenakan Singapura kepada kenderaan dari Malaysia bagi memasuki Singapura sebelum ini.
Share this article
Related Articles


- 26 Sep 2022·
Ending low pay

- 2 Jul 2022·
𝗧𝗵𝗲 𝗔𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗻𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀: 𝟮𝟱 𝘆𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗼𝗻
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.