
Tol CIQ – fitnah Khaled Nordin dikecam
- 5 August 2014
- Uncategorized
Kenyataan Media Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong pada 4hb Ogos 2014 di Johor Bahru
Saya kesal dengan fitnah terhadap DAP oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Nordin terhadap isu kenaikan tol CIQ mendadak sebanyak 480%.
Menurut tulisan laman Facebook “Muafakat UMNO Johor”, lidah UMNO Johor, Khaled Nordin berkata “ketika rakyat Johor menyambut baik caj VEP kepada kenderaan asing yang diumum PM, ada pula “WAKIL RAKYAT” Singapura di Johor yang tidak setuju.”
Laman Facebook “Muafakat UMNO Johor” juga bertanya “Lim Kit Siang ini Ahli Parlimen untuk Malaysia ke Singapura?”
Bayaran Tol yang dikenakan kepada kenderaan Kelas 1 dari Malaysia ke Singapura adalah RM6.80 dibayar kepada MRCB manakala bayaran Tol bagi kenderaan dari Singapura ke Malaysia adalah RM 9.70 (RM6.80 + RM2.90) dimana RM6.80 dibayar kepada MRCB dan RM2.90 dibayar kepada PLUS.
Ini menunjukkan bagi perjalanan dua hala ke Singapura pengguna terpaksa membayar tol sebanyak RM16.50 berbanding sebelum ini hanyalah RM2.90. Ini merupakan kenaikan hampir 480%. Daripada bayaran tol RM16.50, RM13.60 ataupun 82.42% dibayar kepada MRCB manakala RM2.90 dibayar kepada PLUS.
DAP dan Pakatan Rakyat membantah kenaikan mendadak ini kerana:
Pengguna CIQ bukan semestinya pengguna EDL (Eastern Dispersal Link) yang dibina oleh MRCB maka tidak patut dikenakan caj tol;
Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah berjanji sebelum pilihanraya 2013 bahawa Kerajaan Pusat akan mengambil alih EDL supaya caj tol tidak akan dikenakan terhadap pengguna EDL;
Ratusan ribu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terpaksa membayar kenaikan tol kepada MRCB.
Suasana perniagaan dan ekonomi di sekitar Johor Bahru akan terancam akibat kekurangan pendapatan boleh guna di kalangan mereka yang bekerja di Singapura tetapi bermastautin di Johor Bahru.
Kenyataan Khaled Nordin di laman Facebook “Muafakat UMNO Johor” cuba menimbulkan kekeliruan antara caj VEP (Vehicle Entry Permit) dengan kenaikan caj tol CIQ.
Dengan menuduh wakil rakyat DAP sebagai agen Singapura, Khaled Nordin cuba menimbulkan fitnah tidak berasas dan memperlihatkan beliau seorang yang berfikiran cetek. Mentaliti sebegini yang ditunjukkan oleh seorang Menteri Besar adalah amat memalukan.
Liew Chin Tong
Share this article
Related Articles


- 12 May 2023·
A new era of ‘Look East’ would boost both Japan and Malaysia

- 1 May 2023·
Critical Shifts Needed in Malaysia’s Economic Thinking
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.