
Gerakan anti GST bermula di dua kawasan Timbalan Menteri Kewangan
- 17 October 2014
- Uncategorized
Kenyataan media Pengerusi DAP Johor dan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong di Labis pada 13 Oktober 2014
Negeri Johor mempunyai dua ahli parlimen yang menyandang jawatan timbalan menteri kewangan, iaitu Ahli Parlimen Labis Datuk Chua Tee Yong dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Mazlan.
Untuk memberi tekanan yang berkesan kepada kerajaan, DAP Johor akan melancarkan gerakan anti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di kawasan Labis dan Pontian.
GST adalah sejenis cukai yang regresif di mana ia akan menyebabkan kemelesetan ekonomi tidak mengira kaum terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil tempatan.
Pelaksanaan GST akan mengurangkan pendapatan rakyat marhaen dan perniagaan peniaga-peniaga kecil akan merosot ekoran orang ramai mengurangkan perbelanjaan.
Lebih-lebihan lagi, penurunan harga komoditi getah dan kelapa sawit kebelakangan telah pun memaksa rakyat jelata mengikat perut.
Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peningkatan bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), tetapi ia tidak dapat mengimbangi impak stagflasi (inflasi dan genangan ekonomi berlaku secara serentak dan kekal tidak terhalang untuk suatu jangkamasa yang ketara) akibat pencukaian GST. Stagflasi tersebut akan menjejaskan kehidupan semua kaum, tak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban.
Selain daripada stagflasi, peniaga-peniaga kecil juga terpaksa memberi perisian komputer dan mengupah pekerja untuk mengira GST yang akan meningkatkan kos operasi perniagaan.
Dengan kempen anti GST berpusat di Labis dan Pontian, saya berharap penduduk tempatan dapat meluahkan bantahan dan memberi tekanan semasa lawatan kedua-dua timbalan menteri dalam kawasan parlimen. Tindakan ini akan memaksa Chua dan Ahmad Maslan membalas bantahan penduduk kepada Najib.
Bajet alternatif Pakatan Rakyat telah membentangkan Cukai Keuntungan Modal bagi Ekuiti (CGT) yang berperanan sebagai alternatif kepada GST dan juga Cukai Warisan Harta bagi pemindahan aset di kalangan golongan kaya.
Kedua-dua cukai alternatif menekankan pencukaian terhadap keuntungan yang dijana dalam ekuiti saham hartanah daripada mencukai rakyat jelata dalam perbelanjaan harian.
Liew Chin Tong
Share this article
Related Articles


- 26 Sep 2022·
Ending low pay

- 2 Jul 2022·
𝗧𝗵𝗲 𝗔𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗻𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀: 𝟮𝟱 𝘆𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗼𝗻
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.