Nilai semula dasar pertahanan negara, Perang Dingin sudah tamat

Sudah tiba masanya untuk negara meninggalkan ‘acuan’ Perang Dingin abad lalu, dan mula merangka Dasar Pertahanan Negara yang lebih sesuai dengan realiti baru yang mempunyai cabaran dan risiko berbeza, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Beliau berkata, Dasar Pertahanan Negara yang sebahagiannya didedahkan Kementerian Pertahanan pada tahun 2010 perlu dikaji dan dinilai semula, namun sehingga kini dibiarkan begitu sahaja.

“Saya menggesa Kementerian melibatkan semua Ahli Parlimen untuk merumuskan semula Dasar Pertahanan Negara,” katanya, seperti dipetik teks perbahasan Belanjawan Kementerian Pertahanan di Parlimen semalam.

Kata Pengarah Pendidikan Politik DAP itu, bagi negara, ancaman hari ini kebanyakannya datang melalui laut terutama Laut China Selatan, berbeza ketika era Perang Dingin di mana ancaman utama adalah komunis, terutama di bahagian darat Semenanjung.

“Namun, tiga daripada empat divisyen askar adalah di Semenanjung, dan kita tiada skuadron tempur tentera udara yang berpengkalan di Sabah dan Sarawak.

“Hakikat bahawa angkatan tentera terpaksa dikerah tergesa-gesa dari Semenanjung ketika insiden Lahad Datu adalah peringatan jelas bahawa strategi Perang Dingin tidak lagi boleh diguna,” katanya lagi.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat turut menghantar memorandum kepada Perdana Menteri berhubung penambahbaikan Pusat Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang sering menjadi tumpuan pengganas.

Antaranya, strategi kerajaan masih berdasarkan ancaman komunis menjadikan Semenanjung sebagai medan utama, dengan peratusan kekuatan polis dan tentera 70 peratus di Semenanjung dan 30 peratus di Sabah dan Sarawak.

Memorandum itu dirangka Ahli Parlimen Lumut yang juga bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Ahmad Imran Abdul Hamid.

Kata Chin Tong lagi, kerajaan perlu belajar daripada insiden itu bahawa kekuatan pertahanan perlu berdasarkan penilaian ancaman dan risiko, bukannya legasi lapuk dan faktor sejarah.

“Kini terlalu banyak sumber diperuntukkan kepada tentera darat, sedangkan ancaman sebenar dari laut.

“Kementerian perlu melaksanakan nisbah 50:50 tentera antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, dan 35:35:30 sumber antara tentera darat, laut dan udara,” katanya.

Selain itu, beliau juga menggesa kerajaan mengambil pelajaran daripada kegagalan mengumpul maklumat perisikan secukupnya ketika insiden Lahad Datu.

“Bukti menunjukkan ancaman Sulu di sana mula dikesan pada tahun 2008, namun tiada respon yang dirangka. unit Perisikan perlu tumpu kepada ancaman ketenteraan sebenar, bukannya politik domestik.

“Dasar pertahanan adalah dinamik dan sentiasa memerlukan penilaian semula. Kegagan untuk bertindak akan mengundang bencana, seperti kes Lahad Datu,” katanya lagi.

Share this article
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Articles

Rental Housing

This morning, I asked a supplementary question in the Johor State Assembly to the EXCO for Housing and Local Government Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor on the question…
Read More