Kenyataan Media Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong di Kuala Lumpur pada 13 Januari 2015 (Selasa)
Sejak kebelakangan ini, banyak majikan telah membuat aduan berkenaan bayaran pembaharuan Pas Lawatan (Kerja Sementara) (PLKS) bagi pekerja asing yang terlalu tinggi dan membebankan.
Sebelum daripada ini, majikan boleh memohon lanjutan PLKS melalui kaunter Jabatan Imigresen Malaysia secara percuma. Tetapi mulai Januari 2015, majikan perlu membayar RM38 bagi seorang pekerja asing kepada MyEG Services Berhad menerusi atas talian.
Sistem e-kerajaan yang bertujuan untuk memudahkan urusan majikan melakukan permohonan tidak sepatutnya dilakukan dengan “outsourcing” kepada syarikat persendirian untuk mengaut keuntungan.
Jikalau bayaran RM38 dikenakan ke atas 2.4 juta pekerja asing di Malaysia, maka MyEG dijangka mendapat hasil sehingga melebihi RM90 juta.
Adakah untuk membangunkan sistem permohonan menerusi talian ini memakan perbelanjaan sehingga RM90 juta? Ia seolah-olah berpotensi untuk berlakunya penyelewengan.
Saya mendesak agar Ahli Parlimen Lenggong merangkap Pengerusi Perbadanan PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah selaku Pengarah MyEG Service Bhd tampil bagi menjelaskan adakah beliau mendapat hak keistimewaan untuk mendapat projek tersebut.
This morning, I asked a supplementary question in the Johor State Assembly to the EXCO for Housing and Local Government Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor on the question…
I read with great amusement Transport Minister Datuk Seri Wee Ka Siong’s response to my earlier statement about traffic congestion. Wee in an interview with China Press on 30 May…
I am stunned that both current Prime Minister Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob and convicted former Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak are bringing back the idea of introducing the…