
DAP Johor enggan bekerjasama dengan Pesuruhjaya PAS baru
- 14 June 2015
- Uncategorized
Melalui mesyuarat pada 11 Jun, PAS telah melantik Pesuruhjaya Negeri baru bagi sidang 2015-2017. Antara muka-muka baru, Ketua Dewan Ulama, Datuk Mahfodz Mohamed, telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS bagi negeri Johor.
Terdahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Mahfodz yang pernah menyandang jawatan tersebut dari tahun 2005 hingga 2013.
Dalam sidang akhbar semalam, Mahfodz dilaporkan menyatakan hasrat beliau untuk berjumpa dengan kepimpinan DAP Johor dan menyuarakan keinginan untuk meneruskan kerjasama bersama DAP dan Pakatan Rakyat.
selaku Ketua Dewan Ulama, Mahfodz telah membawa usul di Muktamar minggu lepas untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Usul tersebut telahpun diluluskan tanpa dibahaskan.
Oleh itu, saya kira bahawa kenyataan Mahfodz yang tiba-tiba ingin meneruskan hubungan dengan DAP ialah kenyataan yang kurang integriti.
Saya ingin menegaskan pendirian berikut:
Pertama, dalam soal hubungan bersama PAS, DAP Johor akur kepada keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC). Mesyuarat Jawatankuasa Negeri Johor akan diadakan selepas mesyuarat CEC.
Kedua, kemenangan puak konservatif dalam pemilihan PAS yang seterusnya menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO, dan keputusan muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP sudah menjadi langkah pertama dalam “membunuh” gabungan Pakatan Rakyat.
Ketiga, kerjasama Pakatan Rakyat dibina atas asas Kerangka Dasar Bersama (Common Policy Framework). Tanpa Dasar Bersama, harapan untuk melawan UMNO dalam pilihanraya akan datang hanya dapat dicapai dengan rombakan semula bagi membentuk gabungan politik baru yang mempunyai agenda yang jelas.
Keempat, DAP Johor akan bekerjasama dengan pihak yang ingin menjatuhkan kuasa UMNO dalam pilihanraya akan datang -termasuk golongan progresif PAS – bagi mendapat sokongan seluruh rakyat dan menewaskan UMNO.
Disebabkan Mahfodz merupakan pencadang usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP, saya tidak nampak ruang kerjasama antara DAP dan PAS Johor.
Share this article
Related Articles


- 12 May 2023·
A new era of ‘Look East’ would boost both Japan and Malaysia

- 1 May 2023·
Critical Shifts Needed in Malaysia’s Economic Thinking
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.