Kaji semula pelaksanaan suku pertama GST

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah mula dilaksanakan pada 1 April 2015, dan suku pertama pelaksanaannya bakal berakhir.

Saya menyeru pihak kerjaan untuk menjalankan proses kajian semula di seluruh peringkat kerajaan bagi suku pertama pelaksanaan GST secara jujur dan ikhlas untuk menangani masalah dan isu-isu yang berbangkit.

Jawatankuasa Khas Kabinet Berkenaan Kos Sara Hidup yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah menyebut tentang proses kajian semula, tidak secara spesifik. Bank Negara juga ada menyebut ingin membuat kajian.

Tetapi masih belum ada pendekatan kerajaan secara keseluruhan, bagi kedua-dua pelaksanaan GST dan juga proses kajian semula yang begitu diperlukan, memandangkan keadaan ekonomi semakin memburuk, terutamanya setelah nilai ringgit jatuh teruk berbanding sepanjang 9 tahun lalu.

Saya menyeru Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tanggungjawab melancarkan kajian semula keseluruhan kerajaan terhadap suku pertama pelaksanaan GST bagi mempertimbangkan perkara ini, sebelum ekonomi terus merudum akibat terpaksa menangani sistem GST yang berselerak dan juga nilai ringgit yang semakin jatuh.

Berikut adalah beberapa isu untuk dipertimbangkan:

Pertama, Kerajaan haruslah telus mengenai kesan negatif GST terhadap penggunaan domestik memandangkan rakyat Malaysia membayar cukai yang lebih tinggi melalui GST berbanding sebelum ini.

Saya telah berucap di Parlimen pada 15 Jun apabila Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanadzlah memberi jawapan mengenai RMK-11 bahawa ada keperluan di pihak kerajaan untuk mempertimbangkan cabaran antarabangsa yang harus ditangani negara sambil sekurang-kurangnya membuat penambahbaikan terhadap pelaksanaan GST.

Ekspot Malaysia tidak bertumbuh akibat ekonomi perlahan di China, Eropah dan Jepun sementara Amerika meski sedang pulih masih belum cukup kuat. Pun begitu, kejatuhan nilai ringgit tidak akan membantu ekspot Malaysia.

Dengan konteks sedemikian, ekonomi Malaysia seakan berdiri dengan sebelah kaki, iaitu penggunaan domestik, yang bakal terkesan berikutan GST.

Saya telah memberitahu Husni bahawa kerajaan harus bersedia untuk menggantung pelaksanaan GST atau mengurangkan kadarnya buat sementara waktu.

Satu lagi kebimbangan utama ia kos pematuhan perusahaan kecil dan sederhana yang ditekankan oleh World Bank Malaysia Economic Monitor Report yang diterbitkan pada 16 Jun 2015.

Laporan tersebut menggariskan sebuah senarai pengecualian yang berkecamuk dan had terlalu rendah (keuntungan tahunan RM500,000) yang mengakibatkan kos pematuhan yang tinggi bagi perusahaan kecil dan sederhana serta peniaga-peniaga kecil.

Saya juga telah berucap di Parlimen pada 11 June 2015 menyeru Kementerian Perusahaan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya menghentikan penggunaan gazet Kerajaan Persekutuan, Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme untuk Menentukan Keuntungan Tinggi yang Tidak Munasabah)(Margin Keuntungan Bersih) 2014 yang diterbitkan pada 26 Disember 2014.

Kerajaan sedang cuba mengawal selia harga barangan secara individu. Marjin sesuatu produk tidak boleh melebihi harga pada 2 Januari 2015. Ini sangat mengarut memandangkan peniaga menguruskan stok mereka berasaskan kategori. Tambahan pula, marjin dikira oleh peniaga sebagai peratusan, bukan angka muktamad.

Peraturan sedemikian hanya akan menambah kepada kos kepatuhan dan menghapuskan sektor jual beli.

Pendekatan keseluruhan kerajaan untuk melakukan kajian semula terhadap suku pertama GST sangat diperlukan segera sebelum ekonomi menghadapi masalah akibat GST dan kejatuhan nilai ringgit.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Harmonising ESG practices

In the 1970s, Milton Friedman talked about the purpose of a corporation. He argued that a corporation had only one purpose โ€” to make profits for its shareholders. For over…
Read More