Berhubung status yang dimuat naik menerusi laman Facebook Menteri Besar Johor – Datuk Seri Hj Khaled Nordin pagi ini yang amat jelas bersangkutan dengan krisis dalaman melanda UMNO, saya terpanggil untuk memberi respon.
Sekiranya beliau dan UMNO umumnya benar-benar ingin memerangi budaya politik tidak sihat dalam partinya dan serius ingin menjadikan perjuangan membela nasib rakyat sebagai kompas perjuangannya, saya mencadang dan menegaskan agar UMNO hendaklah segera muhasabah diri terlebih dahulu.
Saya tegaskan begitu kerana sekiranya UMNO jujur, tentunya sebagai sebuah parti yang telah menerajui negara sejak lebih 60 tahun dahulu pasti akan menolak politik perkauman, skandal penyelewengan dan salah guna kuasa termasuklah dalam hal penerimaan ‘derma RM2.6 bilion’ kepada UMNO bagi memenangi pilihanraya menerusi akaun peribadi Perdana Menteri yang turut merupaka Presiden UMNO!
Dalam hal ini, DAP Johor bersedia untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak, termasuk UMNO Johor, yang berusaha kearah merealisasikan impian Malaysia; sebuah Malaysia yang bebas rasuah, pengurusan sosioekonomi yang sihat dan adil, tadbir urus yang cekap dan amanah, serta demokrasi yang sihat.
This morning, I asked a supplementary question in the Johor State Assembly to the EXCO for Housing and Local Government Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor on the question…
I read with great amusement Transport Minister Datuk Seri Wee Ka Siong’s response to my earlier statement about traffic congestion. Wee in an interview with China Press on 30 May…
I am stunned that both current Prime Minister Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob and convicted former Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak are bringing back the idea of introducing the…