

Dengan pelantikan Dato’ Dr Shahruddin Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri Jorak, ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai Setiausaha Agung, Barisan Nasional secara tidak langsung kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Negeri Johor.
DAP Johor menyambut baik perkembangan itu sebagai sebahagian daripada penjajaran politik yang lebih luas di kedua-dua Johor dan kebangsaan.
Dewan Undangan Negeri Johor mempunyai 56 kerusi. Pada pilihan raya umum 2013, pembangkang memenangi 18 kerusi, di mana 13 adalah dari DAP. Keputusan pilihan raya pada tahun 2013 merupakan perintis perubahan utama bagi pembangkang kerana Johor sebelum ini dilihat sebagai kubu kuat bagi Barisan Nasional.
Dengan keluarnya Dato’ Shahruddin dari UMNO, pembangkang kini mempunyai 19 kerusi atau satu pertiga dalam Dewan Undangan Negeri.
Untuk membentuk Kerajaan Negeri Johor, pembangkang yang disusun semula akan memerlukan 10 lagi kerusi, iaitu 29 kerusi.
Tidak syak lagi bahawa Johor tidak lagi menjadi kubu kuat Barisan Nasional. Sesungguhnya Kami menyedari akan kesukaran pembangkang, tetapi perkembangan terbaru ini telah memecahkan halangan psikologi – BN telah kehilangan majoriti dua pertiga di Johor.
(Kenyataan Media oleh Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, Kluang, Johor, pada 7 Oktober 2016.)
Share this article
Related Articles


- 26 Sep 2022·
Ending low pay

- 2 Jul 2022·
𝗧𝗵𝗲 𝗔𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗻𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀: 𝟮𝟱 𝘆𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗼𝗻
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.