Video

Video terkini.
26 Mac 2025
Menyambut Aidilfitri sememangnya menggembirakan umat Islam. Dan ia menjadi lebih bermakna apabila kemeriahannya dapat dikongsi bersama jiran, kenalan, dan warga setempat. Pejabat Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan Pejabat ADUN Perling mengadakan kerjasama dengan peniaga di Pasar Awam Taman Universiti, dan Pasar Awam Taman Perling, untuk menyediakan baucar khas Jom Beli di Pasar sempena Aidilfitri. Baucar bernilai RM150 disediakan bagi keluarga manakala baucar RM100 untuk bujang/perseorangan. Saya harap program ini dapat membantu kedua-dua peniaga dan warga setempat, iaitu dengan menggalakkan orang ramai berkunjung ke pasar tradisional yang sedang menghadapi persaingan sengit berikutan kemunculan pasaraya-pasaraya moden. Mari kita sama-sama membina dan mengukuhkan komuniti agar ia tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
15 Jul 2024
Pada hari Ahad, saya datang kembali bersama unit-unit penguatkuasa ke Kampung Orang Asli Sungai Temon, Perling untuk melakukan pemeriksaan mengejut. Dua orang pelaku yang sedang membuang sampah haram berjaya ditahan oleh pihak penguatkuasa. Kedua-duanya mengaku telah banyak kali datang ke Kg Sg Temon untuk membuang sampah. Sampah haram tersebut bertimbun tidak sampai 30 meter dari kawasan rumah penduduk. Ada sisa pembinaan, tanah merah dan sisa plastik. Terdapat juga sisa yang disyaki bahan kimia. Semua ini menyebabkan saliran air tersekat, air tercemar menjadi warna hitam, dan keadaan ini menjejaskan pernafasan penduduk. Pihak SWCorp telah mengeluarkan saman mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000, dipenjarakan tidak kurang daripada 6 bulan dan tidak lebih daripada 5 tahun, atau kedua-duanya sekali.
25 Mac 2024
Saya menjelaskan mengapa jumlah eksport negara pada tahun 2023 menurun berbanding dengan 2022.
26 Mac 2023
Graduan TVET adalah aset kepada industri negara kita, dan dengan itu, mereka wajar dibayar gaji yang lebih baik. Gaji yang setimpal adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian sekiranya kita tidak mahu bakat-bakat muda kita lari ke luar negara.
13 Nov 2020
Kita menyambut Pesta Cahaya tahun ini dalam keadaan yang mencabar. Sambil menghayati erti di sebalik perayaan ini, marilah kita sama-sama berharap agar, biar betapa perit pun cabaran yang kita hadapi, akan ada sinar cahaya harapan menyinari kegelapan di penghujung jalan.
6 Nov 2020
Tiada masalah ekonomi lain yang lebih penting daripada soal pekerjaan. Kita perlu mengutamakan agenda penciptaan kerja dan kerajaan perlu menjadi pemangkin yang memacu agenda ini.
5 Okt 2020
Ketika perbahasan di Dewan Negara, saya telah membangkitkan isu kesesakan penjara yang boleh menyebabkan penularan Covid-19 dalam kalangan banduan, seperti yang berlaku dalam kelompok kluster Benteng, Sabah.
22 Sep 2020
Sebenarnya calon yang paling penting dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ini ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Wajahnya menghiasi poster di segenap tempat.
21 Sep 2020
Walaupun cadangan (untuk membangunkan keupayaan pertahanan darat di Sabah) ini baik, tetapi ia hanya tertumpu kepada perancangan darat.
18 Sep 2020
Pilihan raya Sabah ini akan menentukan hala tuju negara kita. Sekiranya Warisan Plus menang dengan majoriti yang meyakinkan, ia pasti akan membuka lembaran baru dalam politik negara menuju politik bersih dan berpadu.
16 Sep 2020
Pondok-pondok jambatan di Kampung Sim Sim dihiasi dengan Jalur Gemilang dan bendera Sabah sempena sambutan Hari Malaysia.
16 Sep 2020
Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia saya ucapkan kepada pegawai dan anggota ATM. Pertahanan negara merupakan tanggungjawab bersama, dan rakyat Malaysia sentiasa bersama anda.