
26 Mac 2025
Menyambut Aidilfitri sememangnya menggembirakan umat Islam. Dan ia menjadi lebih bermakna apabila kemeriahannya dapat dikongsi bersama jiran, kenalan, dan warga setempat.
Pejabat Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan Pejabat ADUN Perling mengadakan kerjasama dengan peniaga di Pasar Awam Taman Universiti, dan Pasar Awam Taman Perling, untuk menyediakan baucar khas Jom Beli di Pasar sempena Aidilfitri.
Baucar bernilai RM150 disediakan bagi keluarga manakala baucar RM100 untuk bujang/perseorangan.
Saya harap program ini dapat membantu kedua-dua peniaga dan warga setempat, iaitu dengan menggalakkan orang ramai berkunjung ke pasar tradisional yang sedang menghadapi persaingan sengit berikutan kemunculan pasaraya-pasaraya moden.
Mari kita sama-sama membina dan mengukuhkan komuniti agar ia tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.










