Johor
Projek Komuniti
Melakar perubahan di Johor
Perubahan bermula dengan masyarakat sekeliling. Sertai usaha kami!
Kempen Membaca “Hi, Si Tapir!”
Kempen membaca yang dipacu masyarakat dengan model interaktif bagi menyemai semangat ingin tahu dan rasa sayangkan buku, bagi mendidik tabiat membaca.
Projek Gerisek
Projek peremajaan dengan usaha seluruh anggota komuniti di sebuah perkampungan kecil di pinggir Sungai Muar.
Pasar Jelutong Kluang
Transformasi sebuah pasar kecil menjadi pusat ekonomi setempat yang rancak!
Kempen Membaca “Hi, Si Tapir!”
Kempen membaca yang dipacu masyarakat dengan model interaktif bagi menyemai semangat ingin tahu dan rasa sayangkan buku, bagi mendidik tabiat membaca.

Idea ini dicetuskan setelah kami melihat ramai kanak-kanak di kawasan separa bandar dan luar bandar di Malaysia tidak mempunyai akses kepada bahan bacaan berkualiti berbanding rakan-rakan mereka di kawasan bandar.

Program ini dibangunkan untuk menggalakkan kanak-kanak di luar bandar menikmati keriangan membaca dan menyemai tabiat membaca sejak usia muda.

Kami letakkan rak buku bertutup berbentuk tapir di kawasan-kawasan yang sukar mendapat akses bahan bacaan.
Kami mahu kanak-kanak memahami bahawa ilmu itu amat berharga - seperti juga seekor tapir - dan ia perlu dipelihara.
Sentuhan unik program ini serta faktor tarikannya yang luar biasa ternyata memberi kesan yang hebat terhadap demografi sasaran yang sebelum ini tiada kecenderungan mengunjungi perpustakaan. Kami mahu kanak-kanak memahami bahawa ilmu itu amat berharga – seperti juga seekor tapir – dan ia perlu dipelihara.
Projek Tapir mahu mendidik kanak-kanak dengan semangat ingin tahu dan rajin membaca bagi menambah ilmu, daripada sekadar membuat carian Google untuk mendapatkan jawapan kerja sekolah. Program kami menyediakan persekitaran yang selamat dan meriangkan untuk kanak-kanak belajar melalui pembacaan, meruntuhkan tembok-tembok yang menghalang dan menyediakan perkakasan bagi membantu pembelajaran kendiri.
Kami menyasarkan untuk mempertingkat kebolehan akses kanak-kanak di kawasan separa bandar kepada bahan-bahan bacaan bermutu tinggi. Dalam jangka panjang, kami berharap untuk memperbaiki mobiliti sosial dengan mempersiapkan generasi akan datang untuk keluar daripada kitaran kemiskinan dan pekerjaan kolar biru.
Projek Gerisik
Projek peremajaan dengan usaha seluruh anggota komuniti di sebuah perkampungan kecil di pinggir Sungai Muar.



Inilah maksud ‘placemaking’, di mana masyarakat terinspirasi untuk bersama-sama membayangkan ruang awam sebagai pusat komuniti mereka.
Projek peremajaan Grisek sangat dekat di hati saya. Ia dimulakan oleh sekumpulan kecil penduduk setempat dengan pimpinan pasukan saya pada tahun 2018. Usaha perintis ini berkembang menjadi sebuah projek seluruh komuniti, yang mencipta memori penuh bermakna dan memberi kesan kepada mereka yang menetap di sebuah kampung kecil di pinggir Sungai Muar ini.
Inilah maksud ‘placemaking’, di mana masyarakat terinspirasi untuk bersama-sama membayangkan ruang awam sebagai pusat komuniti mereka. Yang kemudiannya akan memperelok identiti budaya, ikatan kemasyarakatan, keterangkuman dan aktiviti komersial setempat.
Pasar Jelutong Kluang
Transformasi sebuah pasar kecil menjadi pusat ekonomi setempat yang rancak!



Apabila sebuah komuniti bekerjasama menghidupkan semula ruang awam yang terabai, hasilnya ialah kemunculan semangat kekitaan yang menjadi semangat rakyat Malaysia.
Pasar Jelutong di Kluang, atau lebih dikenali sebagai Pasar Yap Tau Sah dalam kalangan penduduk Kluang, sebelum ini merupakan pasar basah yang tidak mempunyai kelulusan.
Sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan, ia melalui transformasi dan diberi kelulusan. Di samping beroperasi sebagai sebuah pasar basah, ia juga menjadi pusat jual beli bagi merancakkan ekonomi setempat.
Projek komuniti ini dicetuskan beberapa orang wakil rakyat, Ahli Majlis dan ramai sukarelawan. Pejabat saya turut memberi sokongan.
Apabila sebuah komuniti bekerjasama menghidupkan semula ruang awam yang terabai, hasilnya ialah kemunculan semangat kekitaan yang menjadi semangat rakyat Malaysia.
Bersama-sama, kita mampu kembali memperindahkan Malaysia.
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!