NAMPAKNYA isu Biro Tata Negara (BTN) terus mendapat perhatian akhbar-akhbar berbahasa Cina. Akhbar China Press pada Selasa lalu menyiarkan artikel bertajuk “Liew Chin Tong dedah peruntukan RM74 juta untuk BTN”.
Menurut akhbar itu, ahli Parlimen DAP dari Bukit Bendera mendakwa, BTN mendapat peruntukan sebanyak RM74 juta pada tahun ini. Kata beliau, peruntukan itu lebih RM4 juta berbanding peruntukan Parlimen iaitu RM70 juta.
Ahli Parlimen DAP itu mendakwa, jumlah itu terlalu banyak dan sangat “memeranjatkan” kerana ia semata-mata untuk menanam fahaman perkauman.
Kata Chin Tong lagi, menurut Bajet 2010 BTN itu, ia akan mengambil 224 pekerja tetap tahun depan. Katanya, penambahan itu tidak sepatutnya berlaku kerana BTN kini bermasalah.
“Berbanding peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM), bajet untuk Parlimen sangat sedikit,” kata ahli Parlimen itu yang turut membandingkan bajet untuk JPM dan Parlimen secara panjang lebar.
This morning, I asked a supplementary question in the Johor State Assembly to the EXCO for Housing and Local Government Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor on the question…
I read with great amusement Transport Minister Datuk Seri Wee Ka Siong’s response to my earlier statement about traffic congestion. Wee in an interview with China Press on 30 May…
I am stunned that both current Prime Minister Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob and convicted former Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak are bringing back the idea of introducing the…