
Khazanah curi hak Pulau Pinang
- 9 December 2009
- Uncategorized
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong (DAP) petang tadi mempersoal kaedah penyaluran dana untuk memulihara tapak warisan George Town, Pulau Pinang.
Baginya, tindakan kerajaan pusat menyalurkan dana RM20 juta pada suatu syarikat bukan kerajaan negeri, Khazanah Nasional Berhad sesuatu yang salah.
“Kalau RM30 juta boleh diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka melalui Jabatan Warisan Negara, mengapa RM20 juta yang sepatutnya diterima kerajaan negeri Pulau Pinang diserahkan pula pada (Syarikat) Khazanah Nasional,” soalnya.
“Kalau kerajaan nak bagi pinjaman kepada syarikat swasta seperti Khazanah Nasional, memang tiada isu, tetapi dana ini diperuntukan untuk penyediaan, penyeliaan serta pemuliharan kawasan tertentu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.”
Beliau turut mencadangkan kaedah dana tersebut diserahkan kepada pihak yang berhak, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
“Kalau tidak mahu berikan dana ini kepada kerajaan negeri, sekurang-kurangnya beri kepada MPPP kerena mereka lebih berhak.”
Jelasnya lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang lebih berhak menguruskan dana pemuliharaan tersebut, sebagaimana dijamin dalam Seksyen 16B(1) Akta Perancangan Bandar Desa, 1976.
“Ia sebenarnya untuk penyediaan dan penyeliaan Perancangan Kawasan Khas (SAP) dan tujuan-tujuan yang lain, yang hanya boleh dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kerajaan negeri,” jelasnya.
Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung mengumumkan peruntukan dana tersebut di Parlimen.
Pengumuman tersebut, sebagai menjawab pertanyaan Liew dalam sesi persidangan Dewan Rakyat.
Penafian hak menguruskan dana tersebut dilihat sebagai rekod baru kezaliman Umno BN, setelah Kelantan dinafikan hak menguruskan royalti minyak baru-baru ini.
Share this article
Related Articles


- 2 Jul 2022·
𝗧𝗵𝗲 𝗔𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗻𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀: 𝟮𝟱 𝘆𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗼𝗻

- 29 Jun 2022·
Four major challenges confronting us
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.