
Tambahkan bilangan pengawai JAS untuk tangani pencemaran
Kenyataan Media Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor dan Ahli Parlimen Kluang pada 7 April 2014
Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong mencadangkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) diperuntukkan lebih ramai pegawai penguatkuasa untuk menangani isu pencemaran alam sekitar.
Merujuk kepada pencemaran kilang getah di Buloh Kasap, Segamat, beliau berkata walaupun berkali-kali rakyat membuat aduan mengenai bau busuk dari kilang tersebut, namun tiada tindakan daripada pihak JAS.
“Dalam kes kilang getah di Buloh Kasap Segamat, bau getah yang agak kuat telah membawa kesan buruk kepada penduduk tempatan.”
“Aktiviti kilang telah dibiarkan bertahun-tahun tanpa tindakan daripada pihak berkuasa. Akhirnya, rakyat mendapati bahawa aduan mereka tidak diterima atau diambil tindakan,” kata Ahli Parlimen Kluang pada sesi perbahasan di sidang Parlimen pada 1 April.
Liew berpendapat bahawa pemantauan rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu diambil kira dalam menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar.
Share this article
Related Articles


- 16 Mar 2026·
Discussing Tax in the Context of the End of the Neoliberal Era

- 12 Mar 2026·