
Mesej Hari Raya Aidilfitri Tahun 2014
- 27 July 2014
- Uncategorized
Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khususnya di Johor Darul Takzim. Inilah masanya umat Islam meraikan suasana gembira selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan yang mulia.
Namun pada tahun ini, 1 Syawal merupakan detik yang paling mencabar untuk Malaysia kerana tragedi MH17 dan juga MH370 di mana ia menjadi kenangan pilu buat kita semua. Saya amat berharap kita sebagai rakyat Malaysia, termasuk warga Johor, dapat bersatu hati untuk membuang yang keruh dan mengambil yang jernih dalam memastikan perpaduan kita tanpa mengira kaum dan agama.
Keganasan regim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza juga menjadikan Aidifltri kali ini sesuatu yang memilukan semua umat manusia, khususnya orang Islam yang mencinta keamanan. Saya amat berharap kerajaan kita dapat melakukan sesuatu yang lebih tegas lagi untuk membantu dunia menyelesaikan keganasan di Palestin, terutamanya menyelamatkan nyawa orang awam di kawasan konflik tersebut.
Di negara kita, khususnya di Johor, kenaikan harga barang dan kos pengangkutan semakin menyusahkan kehidupan rakyat jelata dan menancam pertumbuhan ekonomi tempatan. Yang terbaru, kenaikan mendadak kadar tol CIQ sekali lagi menunjukkan bahawa kerajaan yang ada tidak mempedulikan masalah rakyat.
Saya amat berharap warga Johor bersama-sama dengan rakyat Malaysia keseluruhannya sedar bahawa kita memerlukan kerajaan yang mewakili kepentingan rakyat, bukannya kroni.
Perubahan yang kita perlukan ini hanya dapat dicapai jika kita sebulat suara bersatu hati untuk menolak politik perkauman serta amalan remeh yang tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat.
Salam Eid Mubarak. Maaf zahir batin.
LIEW CHIN TONG
Share this article
Related Articles


- 12 May 2023·
A new era of ‘Look East’ would boost both Japan and Malaysia

- 1 May 2023·
Critical Shifts Needed in Malaysia’s Economic Thinking
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.