
Tol CIQ: Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor mesti jawab tuduhan Nur Jazlan
- 9 August 2014
- Uncategorized
Kenyataan media Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong pada 9hb Ogos 2014
Sejak kenaikan mendadak tol sebanyak 480% pada 1hb Ogos, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin belum lagi menjelaskan rasional keputusan tersebut kepada rakyat.
Keputusan yang begitu penting tidak boleh dianggap sebagai keputusan pentadbiran tetapi keputusan politik yang memerlukan kepimpinan politik. Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor tidak boleh mendiamkan diri dalam isu yang melibatkan kepentingan awam dan begitu serius sekali.
Dalam rencana Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, berjudul “Putrajaya salah strategi isu kenaikan tol Tambak Johor” dalam The Malaysian Insider pada 4hb dan 8hb Ogos 2014, beliau membuat dua tuduhan:-
1. “Namun tanpa disangka, kenaikan tol di Tambak Johor dan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) bertukar menjadi isu perkauman kerana ia dilihat lebih terkesan kepada masyarakat Cina yang lebih ramai bekerja di Singapura berbanding kaum lain termasuk orang Melayu.”
2. “Sebagai ahli Parlimen untuk semua kaum, saya berpendapat keputusan kerajaan menaikkan kadar tol berkenaan tanpa mengadakan rundingan dengan pihak berkepentingan termasuk saya sendiri selaku ahli Parlimen amat tidak menggambarkan konsep ‘rakyat didahulukan’.”
Dengan kata lain, Nur Jazlan menuduh bahawa keputusan untuk menaikkan tol CIQ oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Johor dibuat dengan pemikiran dan penghitungan perkauman dan juga mendedahkan bahawa tiada rundingan dengan wakil rakyat Barisan Nasional mahupun wakil rakyat UMNO sebelum keputusan dibuat.
Tuduhan tersebut adalah tuduhan serius dan sudah tiba masanya Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor memberikan penjelasan dan mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin negara dan negeri.
Mendiamkan diri bukan sifat seorang pemimpin yang bertanggungjawab.
Liew Chin Tong
Share this article
Related Articles


- 16 Sep 2023·
𝗪𝗵𝗮𝘁 𝗜 𝘂𝗻𝗱𝗲𝗿𝘀𝘁𝗮𝗻𝗱 𝗮𝗯𝗼𝘂𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗵𝗶𝗴𝗵𝗲𝗿 𝗽𝘂𝗿𝗽𝗼𝘀𝗲 𝗼𝗳 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝘆

- 12 Sep 2023·
Green transition as a new investment opportunity
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.