DAP Johor akan beri sokongan penuh kepada rakan Pakatan Harapan dalam PRU14

Pemimpin DAP Johor peringkat negeri dan akar umbi berkumpul di Batu Pahat hari ini untuk bengkel Pilihanraya Umum ke-14 bagi persiapan menghadapi pilihanraya paling penting dan mencabar โ€“ ibu kepada semua pilihanraya.

Dirasmikan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, bengkel itu dihadiri pempinan-pemimpin utama Pakatan Harapan peringkat negeri, Setiausaha PKR Johor Khuzan Abu Bakar, Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor Khairuddin Abdul Rahim dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diwakili Ketua Bahagian Batu Pahat Dr Zaid Mohd Yusof.

Cabaran untuk DAP Johor dalam pilihanraya akan datang termasuklah:

1. Memenangi kerusi yang ditandingi DAP
2. Memberi kerjasama penuh untuk membantu rakan pakatan Harapan memenangi kerusi yang mereka tandingi; dan
3. Meyakinkan pengundi tentang kesediaan bersama Pakatan Harapan untuk mentadbir Johor sebagai gabungan padu yang menawarkan dasar-dasar yang lebih baik berbanding Barisan Nasional.

Kita perlu maklum bahawa pengundi meletakkan harapan lebih tinggi kepada DAP Johor berbanding pada pilihanraya 2013. DAP Johor perlu tunjukkan bahawa kita adalah parti yang bersatu dengan arah tuju jelas untuk membawa perubahan di negeri Johor dan Malaysia. Kita juga perlu tunjukkan kita dekat dengan generasi muda.

Pakatan Harapan perlu meyakinkan para pengundi bahawa pilihanraya akan datang bukan saja berkisar tentang menggantikan kerajaan BN tapi juga untuk satu permulaan baru bagi negeri Johor secara khusus dan Malaysia secara amnya.

Sehubungan itu, kami mengalu-alukan pelantikan Timbalan Pengerusi DAP Johor S. Ramakrishnan sebagai Biro Dasar Pakatan Harapan Johor.

Saya juga juga ingin mengiktiraf jasa dan sumbangan cawangan-cawangan DAP di kawasan-kawasan yang tidak ditandingi DAP pada 2013 seperti Pagoh, Mersing dan Simpang Renggam. Saya ingin menyeru semua pemimpin DAP di setiap peringkat untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan parti-parti Pakatan Harapan di kerusi-kerusi yang tidak ditandingi DAP.

Pada pilihanraya akan datang, DAP, PKR, Amanah dan Bersatu akan belayar bersama satu kapal dalam perlawanan ‘kalah-mati’ bagi menentukan masa depan Johor dan Malaysia. Kami Pakatan Harapan, kami harapan sebenar.

Ucapan (2) Pengerusi DAP Johor dan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong di Bengkel Pilihanraya DAP Johor di Batu Pahat pada 3 September 2017.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More