
Mencabar Hishammuddin menafikan dakwaan kem Paloh dibina untuk bantu BN
- 21 December 2017
- Uncategorized
Kenyataan sidang media Pengerusi DAP Johor dan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong pada 21 Disember di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur bersama Adun Jementah Tan Chen Soon, Adun Mengkibol Tan Hong Pin, Setiausaha Biro Undang-Undang DAP Michelle Ng dan Penyelidik Parlimen DAP Chung Yi Fan
Ketika bercakap kepada media di sebuah program di pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia di Lumur pada 21 Disember lalu, Menter Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata saya tidak seharusnya mempolitikkan isu kem Segamat.
Saya dan rakan-rakan di DAP membangkitkan isu berkenaan 1079 undi tentera telah dipindahkan ke kem tentera yang belum siap. Hishammuddin menuduh saya sengaja mencipta persepsi bahawa kem ini akan digunakan untuk membantu BN dari segi undi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Memandangkan pilihan raya semakin hampir, mereka (pembangkang) membangkitkan pelbagai isu. Sekiranya benar kem itu akan membantu BN, sebagai menteri pertahanan lebih baik saya bina di kawasan Parlimen saya di Sembrong,” katanya dipetik sebagai berkata.
Hakikatnya, memang benar ada kem yang dibina di Sembrong. Klip video Bernama bertarikh 25 September memaparkan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor mengesahkan sebuah kem tentera sedang dibina di Paloh, yang merupakan kawasan Parlimen Sembrong.
Pada PRU lalu, terdapat kurang daripada 20,000 pengundi di Paloh, dan DAP kalah kerusi itu dengan 100 undi. Justeru, saya mencabar Hishammuddin menafikan kem Paloh sedang dibina.
Perkara ini membuktikan Barisan Nasional kini bersedia menggunakan taktik kotor untuk menang dalam PRU akan datang, termasuklah penyusunan semula dan pembinaan kem baru di Pagoh, Bera (Pahang) dan Hutan Melintang (Bafan Dato).
Ini adalah sebabnya kenapa suku ketiga daftar pengundi menyaksikan pertambahan pengundi tentera yang begitu ketara. Penipuan sistematik seperti ini yang dilakukan dalam sistem pilihan raya sebelum hari pengundian lagi merupakan satu halangan serius untuk mengadakan pilihan raya yang demokratik, bebas dan adil.
Kita perlu mempunyai pemerhati antarabangsa untuk memantau, menilai dan memberi cadangan bagi menambaik integriti proses pengundian di Malaysia. Dengan keadaan sedia ada yang menjejaskan ketelusan pilihan raya, kerajaan Malaysia perlu menjemput dan menerima pemantauan seumpamanya sebelum pilihan raya berlangsung.
Share this article
Related Articles


- 12 May 2023·
A new era of ‘Look East’ would boost both Japan and Malaysia

- 1 May 2023·
Critical Shifts Needed in Malaysia’s Economic Thinking
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.