
Pertanyaan Bagi Bukan Lisan Parlimen No.284: Ratio anggota polis kepada populasi
NO. SOALAN: 284
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA : TUAN LIEW CHIN TONG (KLUANG)
RUJUKAN : 6315
SOALAN:
Tuan Liew Chin Tong [Kluang] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan ratio anggota polis kepada populasi, bilangan anggota polis dalam pencegahan dan siasatan jenayah, jumlah pengambilan berbanding persaraan anggota polis tahunan, dari tahun 2003 hingga 2013.
JAWAPAN:
Nisbah anggota polis dengan penduduk yang ditetapkan oleh INTERPOL ialah seorang anggota polis kepada 250 orang penduduk (1 :250). Walau bagaimanapun nisbah ini adalah hanya sebagai panduan sahaja kerana ia adalah berbeza antara sesuatu tempat dengan tempat yang lain bergantung kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada pertambahan penduduk satu kawasan berkenaan seperti pertumbuhan kawasan-kawasan komersial, kilang-kilang, pusat-pusat pengajian awam dan swasta, migrasi penduduk dan sebagainya. Nisbah anggota kepada penduduk di peringkat nasional adalah bersamaan seorang anggota polis kepada dua ratus tujuh puluh dua (1 :272).
Namun begitu nisbah polis dengan penduduk tidak lagi menjadi asas pengukuran utama untuk perancangan mewujudkan daerah atau balai-balai baru dan juga pertambahan kepada perjawatan polis.
Statistik perjawatan pegawai polis beruniform bagi tahun 2003 sehingga tahun 2013 adalah seperti berikut:-
Bil. | Jabatan | Kekuatan | ||||||||||
2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 | 2013 | ||
1 | Jabatan Siasatan Jenayah | 8007 | 8140 | 7792 | 8188 | 8404 | 8918 | 8900 | 9646 | 9597 | 9773 | 10125 |
2 | Jabatan Siasatan Narkotik | 3003 | 3071 | 3081 | 3263 | 3319 | 3527 | 3821 | 4032 | 4135 | 4221 | 4203 |
3 | Siasatan Jenayah Komersil | – | – | 717 | 991 | 1090 | 1309 | 1343 | 1410 | 1439 | 1577 | 1733 |
Share this article
Related Articles


- 16 Mar 2026·
Discussing Tax in the Context of the End of the Neoliberal Era

- 12 Mar 2026·