
Pertanyaan bagi Bukan Lisan Parlimen No.288: Bilangan Permit Teksi Individu
NO. SOALAN: 288
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : SOALAN BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG]
TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan permit teksi individu yang dikeluarkan dari tahun 2003 hingga 2013 secara terperinci mengikut negeri dan apakah mekanisme untuk individu membuat rayuan sekiranya permohonan lesen ditolak.
JAWAPAN: YB HAJAH NANCY SHUKRI, MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
- Jumlah permit lesen teksi yang dikeluarkan setakat Julai 2013 adalah sebanyak 61,336. Jumlah lesen mengikut jenis perkhidmatan teksi bagi seluruh negara.
*Nota: Lembah Klang (Selangor, WP KL & WP Putrajaya)
2. Daripada jumlah tersebut, 57% (35,075) lesen dimiliki oleh individu. Pecahan peratusan pemilikan lesen individu dan syarikat mengikut jenis perkhidmatan teksi adalah seperti berikut:
3. Pada masa ini, permohonan lesen teksi baru adalah dibekukan bagi semua jenis perkhidmatan teksi. Bagi lesen teksi TEKS1M, sebanyak 1 ,000 permit telahpun dikeluarkan. Setakat ini, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) telah menerima sejumlah 21,622 permohonan untuk permit teksi yang berkenaan.
Permohonan ini disimpan bagi proses pemilihan seterusnya apabila tambahan lesen TEKS1 M dikeluarkan pada masa hadapan. Oleh yang demikian, tiada sebarang rayuan perlu dikemukakan.
Sekian, terima kasih.
Share this article
Related Articles


- 16 Mar 2026·
Discussing Tax in the Context of the End of the Neoliberal Era

- 12 Mar 2026·

