Dewan Negara – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Perlukan 4 Kapal

Ketika menggulung perbahasan usul junjung kasih Titah Diraja, YB Timbalan Menteri Pertahanan Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz telah menjelaskan bahawa sasaran dua kapal ialah penilaian “realistik” buat masa ini. Saya ingin tekankan sekali lagi bahawa walaupun pandangan ini berhemah, hasil yang perlu diutamakan di sini ialah Tentera Laut Diraja Malaysia menerima aset-aset baru dalam bilangan yang sebanyak mungkin.

Malaysia merupakan negara maritim berakar benua. Menegakkan keutuhan wilayah, khususnya di dalam zon ekslusif ekonomi negara, merupakan salah satu kegiatan keselamatan yang asas buat mana-mana negara maritim. Saya berharap Kementerian Pertahanan akan menilai semula kedudukan mereka dan menekankan keperluan untuk menjamin pembangunan keupayaan TLDM.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Video Berkaitan

26 Mac 2025
Menyambut Aidilfitri sememangnya menggembirakan umat Islam. Dan ia menjadi lebih bermakna apabila kemeriahannya dapat dikongsi bersama jiran, kenalan, dan warga setempat. Pejabat Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan Pejabat ADUN Perling mengadakan kerjasama dengan peniaga di Pasar Awam Taman Universiti, dan Pasar Awam Taman Perling, untuk menyediakan baucar khas Jom Beli di Pasar sempena Aidilfitri. Baucar bernilai RM150 disediakan bagi keluarga manakala baucar RM100 untuk bujang/perseorangan. Saya harap program ini dapat membantu kedua-dua peniaga dan warga setempat, iaitu dengan menggalakkan orang ramai berkunjung ke pasar tradisional yang sedang menghadapi persaingan sengit berikutan kemunculan pasaraya-pasaraya moden. Mari kita sama-sama membina dan mengukuhkan komuniti agar ia tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
15 Jul 2024
Pada hari Ahad, saya datang kembali bersama unit-unit penguatkuasa ke Kampung Orang Asli Sungai Temon, Perling untuk melakukan pemeriksaan mengejut. Dua orang pelaku yang sedang membuang sampah haram berjaya ditahan oleh pihak penguatkuasa. Kedua-duanya mengaku telah banyak kali datang ke Kg Sg Temon untuk membuang sampah. Sampah haram tersebut bertimbun tidak sampai 30 meter dari kawasan rumah penduduk. Ada sisa pembinaan, tanah merah dan sisa plastik. Terdapat juga sisa yang disyaki bahan kimia. Semua ini menyebabkan saliran air tersekat, air tercemar menjadi warna hitam, dan keadaan ini menjejaskan pernafasan penduduk. Pihak SWCorp telah mengeluarkan saman mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000, dipenjarakan tidak kurang daripada 6 bulan dan tidak lebih daripada 5 tahun, atau kedua-duanya sekali.
25 Mac 2024
Saya menjelaskan mengapa jumlah eksport negara pada tahun 2023 menurun berbanding dengan 2022.