Dewan Negara – Ketirisan RM1 billion dalam projek Littoral Combat Ship (LCS)

Ketika membahaskan usul junjung kasih Titah Diraja, saya telah membincangkan isu perolehan Littoral Combat Ship (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia. Siasatan oleh Tan Sri Ambrin Buang dan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan, dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) tidak dapat mengesan RM1 billion daripada RM5.94 billion yang telah dibayar untuk projek tersebut. Pada 11 Februari 2020, berdasarkan syor Tan Sri Ambrin Buang, saya, Saudara Mat Sabu, dan Tun Dr. Mahathir telah bersetuju ketika satu mesyuarat khas untuk melancarkan satu audit forensik untuk mengesan wang tersebut.

Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz telah menyambut baik cadangan untuk audit forensik ini dan menyatakan bahawa Kementerian akan memberikan kerjasama penuh. Saya berharap wang ini dapat dikembalikan untuk kegunaan membiayai kos projek. Tentera Laut Diraja Malaysia sangat memerlukan aset baru untuk menjamin keutuhan wilayah lautan negara.

Akan tetapi, tiada maklum balas daripada pihak beliau berkenaan penerbitan laporan tersebut oleh Kementerian Pertahanan. Saya berharap kerajaan dapat berterus terang dengan rakyat dan menerbitkan laporan tersebut agar rakyat sendiri dapat menilai pengendalian projek ini, dan menjadikannya satu iktibar agar tidak lagi mengulangi perolehan yang didorongi vendor.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Video Berkaitan

26 Mac 2025
Menyambut Aidilfitri sememangnya menggembirakan umat Islam. Dan ia menjadi lebih bermakna apabila kemeriahannya dapat dikongsi bersama jiran, kenalan, dan warga setempat. Pejabat Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan Pejabat ADUN Perling mengadakan kerjasama dengan peniaga di Pasar Awam Taman Universiti, dan Pasar Awam Taman Perling, untuk menyediakan baucar khas Jom Beli di Pasar sempena Aidilfitri. Baucar bernilai RM150 disediakan bagi keluarga manakala baucar RM100 untuk bujang/perseorangan. Saya harap program ini dapat membantu kedua-dua peniaga dan warga setempat, iaitu dengan menggalakkan orang ramai berkunjung ke pasar tradisional yang sedang menghadapi persaingan sengit berikutan kemunculan pasaraya-pasaraya moden. Mari kita sama-sama membina dan mengukuhkan komuniti agar ia tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
15 Jul 2024
Pada hari Ahad, saya datang kembali bersama unit-unit penguatkuasa ke Kampung Orang Asli Sungai Temon, Perling untuk melakukan pemeriksaan mengejut. Dua orang pelaku yang sedang membuang sampah haram berjaya ditahan oleh pihak penguatkuasa. Kedua-duanya mengaku telah banyak kali datang ke Kg Sg Temon untuk membuang sampah. Sampah haram tersebut bertimbun tidak sampai 30 meter dari kawasan rumah penduduk. Ada sisa pembinaan, tanah merah dan sisa plastik. Terdapat juga sisa yang disyaki bahan kimia. Semua ini menyebabkan saliran air tersekat, air tercemar menjadi warna hitam, dan keadaan ini menjejaskan pernafasan penduduk. Pihak SWCorp telah mengeluarkan saman mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000, dipenjarakan tidak kurang daripada 6 bulan dan tidak lebih daripada 5 tahun, atau kedua-duanya sekali.
25 Mac 2024
Saya menjelaskan mengapa jumlah eksport negara pada tahun 2023 menurun berbanding dengan 2022.