Dewan Negara – Siasat Ketirisan RM1 bilion Projek LCS

Ketika membahas usul menjunjung kasih Titah Diraja, saya tekankan agar kerajaan perlu melaksanakan audit forensik bagi menyiasat ketirisan RM 1 bilion dalam projek kapal tempur persisiran pantai (Littoral Combat Ship), seperti yang didedahkan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang pada 11 Februari 2020.

Sebaik-baiknya, laporan terkini JKSTUPKK berkaitan isu ini sewajarnya didedahkan agar rakyat sendiri dapat menilai pengendalian projek ini yang lemah dibawah kerajaan Barisan Nasional.

Pihak Kementerian Pertahanan perlu memikirkan semula strategi menyelesaikan isu kelewatan LCS memandangkan keadaan geopolitik yang tidak menentu di lautan perairan negara yang semakin membimbangkan.

Kongsikan artikel ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Video Berkaitan

Mainkan Video
13 Nov 2020
Kita menyambut Pesta Cahaya tahun ini dalam keadaan yang mencabar. Sambil menghayati erti di sebalik perayaan ini, marilah kita sama-sama berharap agar, biar betapa perit pun cabaran yang kita hadapi, akan ada sinar cahaya harapan menyinari kegelapan di penghujung jalan.
Mainkan Video
6 Nov 2020
Tiada masalah ekonomi lain yang lebih penting daripada soal pekerjaan. Kita perlu mengutamakan agenda penciptaan kerja dan kerajaan perlu menjadi pemangkin yang memacu agenda ini.
Mainkan Video
5 Okt 2020
Ketika perbahasan di Dewan Negara, saya telah membangkitkan isu kesesakan penjara yang boleh menyebabkan penularan Covid-19 dalam kalangan banduan, seperti yang berlaku dalam kelompok kluster Benteng, Sabah.