
SBNS anjur Persidangan Anak Muda Kebangsaan 2010
Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri Selangor menerusi Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) akan menganjurkan Persidangan Anak Muda Kebangsaan 2010 pada 20 Mac ini.
Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor dalam kenyataannya, berkata, program akan berlangsung di Auditorium, Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bermula 8 malam dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ia dijangka mengumpulkan 1,000 Penggerak Belia Tempatan (PeBT), mahasiswa, pemimpin belia akar umbi, politik serta badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Malaysia yang akan membincangkan isu belia dan negara.
“Ini merupakan acara tahunan SBNS yang akan membincangkan lima fokus utama iaitu Komunikasi, Ekonomi, Sosial, Budaya, dan Politik.
“Objektifnya untuk menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan masyarakat dan negara serta mendapatkan buah pemikiran pakar dalam segenap bidang,” katanya.
Persidangan itu akan membariskan pengucaptama seperti Mohamed Azmin Ali (Ekonomi), Khalid Samad (Sosial), Tony Pua (Politik), Dr Abu Hassan Hasbullah (Komunikasi) serta ahli panel seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Mujahid Yusof Rawa, Liew Chin Tong, Khoo Kay Peng dan ramai lagi yang akan memberi pengisian kepada persidangan terbabit.
Mereka yang berminat boleh melayari laman web www.gen-s.com.my.
Share this article
Related Articles


- 16 Mar 2026·
Discussing Tax in the Context of the End of the Neoliberal Era

- 12 Mar 2026·