

Sewaktu kemeriahan menyambut kedatangan Krismas, rakyat Johor dan Malaysia umumnya dikejutkan dengan satu berita kemalangan tragis melibatkan bas ekspres Alisan dari arah Singapura ke Kuala Lumpur di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Bas tersebut dipercayai terbabas ke tepi jalan sebelum terhumban ke dalam gaung setinggi 3 meter di Kampung Jayor, Pagoh.
Kemalangan telah mengakibatkan 13 angka kematian dan 17 lagi cedera.
DAP Johor merakamkan ucapan takziah dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap keluarga mangsa. DAP Johor turut mendoakan keselamatan keatas mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan.
Saya amat sedih dan terkilan mendengar berita kemalangan ini. Sejak dahulu lagi, saya telah mengangkat isu melibatkan keselamatan jalan raya samada di dalam mahupun luar Parlimen.
Selepas nahas kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di KM 3.6 jalan Genting Highlands – Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2013 (“The Genting Crash Report”), saya secara konsisten telah mendesak pihak Kerajaan khasnya Menteri Pengangkutan agar ditubuhkan sebuah Panel Penasihat Bebas supaya kemalangan yang sama tidak berulang lagi.
Insiden di Genting itu merupakan titik paling hitam di Malaysia melibatkan kemalangan bas apabila meragut 37 nyawa.
Saya menggesa agar Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) segera merangka solusi tuntas bagi memastikan hal ini tidak berulang lagi.
Isu-isu seperti keselamatan, perlesenan, penggajian yang bersesuaian dan kebajikan pemandu adalah antara aspek yang perlu diberi perhatian dan menuntut keazaman politik yang tinggi untuk memastikan penambah baikan serta pembaharuan dapat direalisasikan.
(Kenyataan media oleh Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong pada 24 Disember 2016.)
Share this article
Related Articles


- 26 Sep 2022ยท
Ending low pay

- 2 Jul 2022ยท
๐ง๐ต๐ฒ ๐๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ป๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐ฎ๐น ๐๐ฟ๐ถ๐๐ถ๐: ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฒ๐ฎ๐ฟ๐ ๐ผ๐ป
Join Us
Letโs build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.