Solidariti untuk rakyat Palestin

Kenyataan Pengarah Biro Pendidikan Politik Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berhubung demonstrasi di luar kedutaan AS di Kuala Lumpur pada 15 Disember 2017.

Bagi pihak DAP, kami hadir di sini untuk menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin dan membantah pengiktirafan Jerusalem sebagai ibu kota Israel oleh pentadbiran Presiden AS Donald Trump.
Pengumuman yang dibuat pentadbiran Donald Trump menyokong tuntutan Israel ke atas Jerusalem akan menyebabkan ketegangan di wilayah itu. Jerusalem milik warga Palestin dan merupakan tanah suci yang menempatkan Masjid Al-Aqsa.

Kami berdiri bersama rakyat Palestin yang menjadi mangsa ketidakadilan antarabangsa. Kami bersolidariti bersama rakyat Palestin kerana ini adalah isu yang bukan hanya melibatkan wilayah tertentu tapi juga adalah isu yang berkaitan kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

Tindakan pentabiran Trump sangat berbahaya. Trump disiasat oleh peguam khas Robert S. Mueller III berhubung kempen yang dibawanya dan pengaruh Rusia. Trump menggunakan strategi “wag the dog” dengan mewujudkan ketegangan di Timur Tengah dengan tujuan mengalih perhatian warga Amerika yang memberi tekanan kepadanya.

Malaysia dan negara Asia lain perlu memberi perhatian. Trump boleh cuba mewujudkan ketegangan di Timur Tengah, beliau boleh melakukan hal yang sama di Asia sekiranya Kongres dilihat mencabar pentadbirannya. Sementara Korea Utara merupakan negara yang sensitif dengan provokasi di rantau Asia.

Remarks at the rally outside the embassy of United States of America by DAP National Political Education Director and MP for Kluang Liew Chin Tong in Kuala Lumpur on 15th December 2017

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Harmonising ESG practices

In the 1970s, Milton Friedman talked about the purpose of a corporation. He argued that a corporation had only one purpose — to make profits for its shareholders. For over…
Read More