
Pertanyaan Lisan Parlimen 11.7.13 : ETS & MRT & HSR
PERTANYAAN: LISAN
TARIKH: 11 JULAI 2013
NO. SOALAN: 92
SOALAN:
Y.B. TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan anggaran kos pembinaan Projek Landasan Berkembar KTM/Electric Train Service (ETS) Selatan Semenanjung Malaysia; perkembangan terkini dan laporan terperinci Projek MRT dari Johor Bahru-Singapura dan Projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura seperti jumlah kos projek dan stesen-stesen yang bakal dilaluinya.
JAWAPAN:
Y.B. PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI. MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Anggaran kos pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru adalah sebanyak RM7.2 bilion.
2. Sementara itu, projek MRT dari Johor Bahru-Singapura masih berada dalam peringkat penyelesaian kajian daya maju (feasibility study).
3. Bagi projek keretapi berkelajuan tinggi, kajian daya maju (feasibility study) yang merangkumi penilaian terperinci aspek-aspek teknikal dan kejuruteraan, kos, kewangan dan operasi serta manfaat sosio-ekonomi sedang dijalankan dan kini berada di tahap akhir penyediaan laporan.
4. Fakta-fakta keretapi berkelajuan tinggi secara umumnya adalah seperti berikut:
a) Jajaran : ~350km, di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dengan 5 stesen pengantara di sepanjang jajaran dan 2 terminus;
b) Operasi: 2 jenis perkhidmatan, iaitu:
(i) Perkhimatan Ekspres dengan masa perjalanan 90 minit; dan
(ii) Perkhidmatan Transit dengan masa perjalanan 120 minit.
c) Kelajuan : Purata kelajuan dijangkakan 250km/jam
5. Maklumat lanjut akan disediakan setelah laporan kajian daya maju ini disiapkan.
Sekian, terima kasih.
Share this article
Related Articles


- 16 Mar 2026·
Discussing Tax in the Context of the End of the Neoliberal Era

- 12 Mar 2026·