
Pertanyaan Parlimen No.26: Perolehan kelengkapan pertahanan dalam Rolling Plan
NO SOALAN: 26
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG (KLUANG)
TARIKH : 05.12.2013 (KHAMIS)
SOALAN:
Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan senarai perolehan kelengkapan pertahanan dalam Rolling Plan 1, 2 & 3 Rancangan Malaysia ke-10.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Sehingga suku tahunan ketiga Rancangan Malaysia Ke-10 iaitu dari 2011 hingga 2013, kerajaan telah meluluskan peruntukan kewangan untuk melaksanakan pelbagai project kelengkapan bagi menaik taraf Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai satu ketumbukan yang kredibel sesuai dengan kedudukan kewangan semasa kerajaan. Semua projek-projek tersebut sentiasa dipantau perkembangannya dari masa ke semasa. Projek-projek kelengkapan adalah seperti berikut:
a) Rolling Plan 1 (2011-2012) melibatkan projek kelengkapan bagi perolehan peralatan telekomunikasi, kenderaan penarik meriam, kapal peronda, pesawat pejuang dan helikopter;
b) Rolling Plan 2 (2012-2013) melibatkan projek perolehan mortar 120mm, kenderaan perisai 8 X 8, kapal peronda, pesawat pejuang dan sistem radar; dan
c) Rolling Plan 3 (2013-2014) melibatkan projek perolehan persenjataan, perisikan, peperangan elektronik, simulator tempur dan Network Centric Warfare (dengan izin).
Setiap perancangan Rolling Plan akan dikaji semula melalui pelbagai peringkat saringan setiap tahun supaya ia dapat disesuaikan dengan keperluan keadaan semasa. Kementerian Pertahanan sentiasa prihatin terhadap pengurusan nilai perolehan kerajaan.
Share this article
Related Articles


- 16 Mar 2026·
Discussing Tax in the Context of the End of the Neoliberal Era

- 12 Mar 2026·