Cadangan untuk menubuhkan lima Jawatankuasa Pilihan Dewan Negeri JohoR

Untuk memastikan pembangunan negeri Johor berjaya, pihak kerajaan negeri hari ini perlu melihat pembangkang sebagai rakan strategik dalam pentadbiran negeri. Perubahan politik yang berlaku perlu menyedarkan Kerajaan Negeri bahawa era pemikiran lama dan lapuk yang menganggap pembangkang sebagai musuh kerajaan sudah berakhir.

Konsep melihat pembangkang sebagai rakan strategik dalam tadbir urus negeri juga perlu diperluaskan kepada semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan agar melihat peranan ADUN pembangkang setaraf dengan ADUN kerajaan. Kerana, kedua-duanya berkhidmat demi memastikan kehidupan Bangsa Johor berada dalam keadaan yang lebih baik melangkaui perbezaan politik.

Kepada Datuk Menteri Besar, saya ingin mengimbas kembali pertemuan kita pada tahun 2015 di Parlimen Malaysia. Ketika itu, saya merupakan Ahli Parlimen Kluang dan beliau merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Kami bertukar pandangan mengenai kemungkinan mewujudkan kerjasama dwipartisan yang konstruktif di Malaysia.

Siapa sangka, beliau kini menjadi Menteri Besar Johor manakala saya pula menjadi Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor. Meskipun berbeza blok, saya berharap Datuk Menteri Besar mempunyai keterbukaan dan komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama dwipartisan antara kerajaan dan pembangkang demi kesejahteraan Johor.

Saya telah mengemukan cadangan kepada Datuk Menteri Besar untuk menubuhkan lima Jawatankuasa Pilihan Dewan Negeri Johor:

1. Jawatankuasa Pilihan Tadbir Urus Cekap dan Berintegriti

2. Jawatankuasa Pilihan Masalah Iklim, Perancangan Bandar, dan Luar Bandar

3. Jawatankuasa Pilihan Kerjasama Johor – Singapura

4. Jawatankuasa Pilihan Pemerkasaan Federalisme dan Kuasa Negeri

5. Jawatankuasa Pilihan Ekonomi dan Kesejahteraan Bangsa Johor

(Ini adalah petikan daripada teks ucapan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja DUN Johor yang saya sampaikan pada 19 Jun 2022.)

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Perlu Anjakan Paradigma untuk Jayakan JS-SEZ

Menjunjung kasih atas titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor yang telah merasmikan sidang Dewan Negeri Johor. Tunku menitahkan “adalah menjadi keutamaan saya untuk…
Baca Lagi

Lonjakan Kedua Ekonomi Malaysia

Kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada 1970 adalah melahirkan kelas pertengahan orang Melayu. Momen Tun Razak Dasar yang diperkenalkan oleh Tun Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua,…
Baca Lagi

Momen Tun Razak: Peluang Untuk Reset

Saya amat berbesar hati mendapat jemputan untuk menyampaikan ucapan kepada peserta kursus ketahanan nasional Kohort Kelima Maktab Ketahanan Nasional (MKN). Maktab ini menyediakan kursus kepada pegawai kanan tentera yang berpangkat…
Baca Lagi