

Pada 30 Jun, Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) telah mengumumkan statistik kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK/GDP) mengikut negeri bagi tahun 2021.
Kadar pertumbuhan KDNK Johor pada tahun 2021 adalah 2.4% manakala pertumbuhan negatif (kemerosotan) pada 2020 adalah -4.7%.
Kadar pertumbuhan Johor bagi tahun 2021 adalah di tempat kelapan selepas Pulau Pinang (6.8%), Selangor (5%), Terengganu (3.6%), Perak (3.5%), Kedah (3.2%), Negeri Sembilan (3.0%) dan Sarawak (2.9%).
Kadar pertumbuhan Johor bagi tahun lepas juga lebih rendah daripada kadar pertumbuhan KDNK kebangsaan, iaitu 3.1%.
Kadar KDNK bukan segalanya tetapi ia signifikan dan penting untuk konteks Johor kerana Menteri Besar baharu Datuk Onn Hafiz Ghazi telah menggariskan dalam sesi amanat beliau pada 14 Jun 2022 bahawa Johor di bawah pimpinan beliau menyasarkan 7% kadar pertumbuhan setiap tahun mulai tahun 2022 demi melipatgandakan saiz KDNK ke RM260 billion daripada RM131 billion sekarang.
Saya telah meminta Menteri Besar untuk memberi penerangan kepada Sidang Dewan Negeri Johor minggu lepas mengenai bagaimana beliau akan memimpin Johor mencapai 7% kadar pertumbuhan KDNK setiap tahun mulai sekarang.
Saya juga minta penjelasan bagaimana Kerajaan Negeri akan menyediakan Bangsa Johor menghadapi kegawatan ekonomi sedunia yang bakal berlaku dan bagaimana kesan negatif inflasi terhadap rakyat dapat dikurangkan.
Memandangkan bahawa kadar pertumbuhan KDNK Johor bagi 2021 hanya 2.4% dan di tempat kelapan di antara negeri-negeri, adalah penting untuk Menteri Besar memberi penerangan tentang rancangan ekonomi beliau untuk membolehkan KDNK Johor melonjak ke kadar pertumbuhan 7% setiap tahun mulai tahun ini, terutamanya apabila kita kini memasuki separuh kedua tahun 2022.
Liew Chin Tong
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 2 Jul 2022ยท
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri

- 20 Jun 2022ยท
Tiga persoalan yang memerlukan penjelasan daripada Menteri Besarย JB
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!