๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—Ÿ๐—–๐—ฆ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ธ ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ ๐—ต๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฎ๐—ฝ๐˜‚๐—ธ ๐—ก๐—š๐—ฃ๐—ฉ?

Perdana Menteri keenam Datuk Seri Najib Razak kini cuba salahkan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) perlu menanggung hutang Syarikat PSC-NDSB untuk projek New Generation Patrol Vessel (NGPV) juga dikenali sebagai Offshore Patrol Vessel (OPV) yang dijalankan antara 1998 dan 2010.

Jika kita ikut logik Najib, hutang lapuk NGPV adalah tanggungjawab PM4, maka segala masalah LCS adalah tanggungjawab PM6 kerana segala keputusan berkenaan LCS berlaku semasa Najib menjadi PM6 dari 2009 ke 2018.

Namun, yang menarik adalah Najib seolah-olah terlupa bahawa beliau merupakan Menteri Pertahanan dari 1990 hingga 1995 dan seterusnya dari 1999 hingga 2008. Dalam tempoh 18 tahun ini (1990-2008), Najib menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun.

New Generation Patrol Vessel dan penswastaan limbungan Naval Dockyard Sdn Berhad kepada Amin Shah

Pada tahun 1990, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merancang untuk memperoleh 27 buah kapal peronda (patrol vessel/PV). Setelah mendapat kelulusan prinsip daripada Jemaah Menteri pada tahun 1993, cadangan pembinaan dan perolehan PV dimasukkan di dalam Perjanjian Penswastaan Naval Dockyard Sdn Bhd di antara Kerajaan Malaysia dengan konsortium yang diketuai oleh Penang Shipbuilding dan Construction Sdn Bhd (PSC-NDSB) (milikan Tan Sri Amin Shah Omar) pada tahun 1995.

Sebelum penswastaan kepada syarikat milikan Tan Sri Amin Shah pada tahun 1995, Naval Dockyard Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan.

Maksudnya, Najib selaku Menteri Pertahanan juga setuju untuk menswastakan limbungan ini.

Pada tahun 2005, Boustead Holdings Berhad membeli kepentingan saham majoriti dalam syarikat PSC-Naval Dockyard dan seterusnya menamakan semula syarikat tersebut sebagai Boustead Naval Shipyard (BNS) pada tahun 2006.

BNS adalah syarikat yang terlibat dalam skandal LCS sekarang.

Kontrak asal perolehan NGPV yang ditandatangani dengan Penang Naval Shipyard-Naval Dockyard Sdn Bhd (milikan Amin Shah) pada tahun 5 September 1998 bernilai RM 5.35 bilion.

Kontrak tambahan pertama yang ditandatangani pada 14 Disember 2001 tidak melibatkan kos tambahan.

Selepas pengambilalihan PSC-NDSB oleh Boustead Holding Berhad, kontrak tambahan kedua ditandatangani pada 17 Januari 2007 dengan BNS, dengan tambahan nilai kontrak sebanyak RM 1.4 bilion iaitu daripada nilai kontrak asal RM 5.35 bilion kepada RM 6.75 bilion. Asas-asas peningkatan kos sejumlah RM 1.4 bilion tidak dinyatakan dengan jelas dan tiada justifikasi kukuh untuk menaikkan nilai perolehan kontrak tersebut.

Suntikan dana RM 1.4 bilion ini adalah โ€œbailoutโ€ oleh kerajaan.

Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Parlimen dalam prosiding pada 15 Jun 2005 mendapati bahawa projek NGPV tidak diurus baik oleh pihak kontraktor dan pihak Kementerian Pertahanan. Pada masa ketika, siapa Menteri Pertahanan? Najib Razak.

Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2006 juga berpendapat bahawa pembinaan NGPV banyak kelemahan kerana kerajaan dan Kementerian Pertahanan (siapa Menteri Pertahanan? Najib Razak.) terlalu memberi peluang kepada syarikat yang bermasalah dalam kewangan dan pengurusan sehingga menyebabkan kepentingan kerajaan tidak dipelihara.

5 tahun kemudian pada 2011, Najib sebagai Perdana Menteri keenam meluluskan perolehan 6 LCS dan memberikan kontrak tersebut kepada BNS.

Untuk konteks, sebanyak RM 6.08 bilion daripada siling RM 9.128 bilion telah dibayar kepada BNS oleh kerajaan Malaysia. Daripada RM 6.08 bilion tersebut, RM 255 juta digunakan untuk menjelas hutang lapuk NGPV, RM 141 juta untuk faedah yang dikenakan kepada hutang NGPV, dan RM 349 juta untuk โ€œcost increase on design activities with NGPVโ€. Sejumlah RM 745 juta telah digunakan untuk โ€œbailoutโ€ projek NGPV.

RM9.128 bilion ini adalah untuk menjayakan projek LCS, bukan untuk โ€œbailoutโ€ projek NGPV. Penggunaan dana sebegini adalah pecah amanah melanggar S.409 Kanun Keseksaan. Pada asasnya, apa yang dilakukan di sini ialah menutup kerugian perjanjian lama yang gagal dengan perjanjian baru. Apa yang dilakukan di sini adalah jenayah.

Ataupun, PM6 memang memulakan projek LCS secara rundingan terus dengan tujuan untuk membayar hutang lapuk NGPV? Jawapan Najib kepada soalan ini akan bantu kita semua memahami masalah projek LCS.

Mohamad Sabu

Mantan Menteri Pertahanan

Liew Chin Tong

Mantan Timbalan Menteri Pertahanan

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan