๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—›๐—ถ๐˜€๐—ต๐—ฎ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐˜€๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฏ ๐—ถ๐˜€๐˜‚ ๐—Ÿ๐—–๐—ฆ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐˜ ๐˜€๐—ธ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ ๐—ก๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฏ

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menunjukkan sebarang keikhlasan dan ketekadan dalam pengendalian skandal Littoral Combat Ship (LCS).

Semalam, pihak Kementerian Pertahanan membawa wakil-wakil media lawat ke tapak pembinaan LCS di Lumut dengan niat untuk menyakinkan rakyat bahawa kapal-kapal LCS memang wujud dan projek ini masih berlangsung.

Menurut rakan-rakan dari pihak media, lawatan semalam seperti โ€œtikus membaiki labuโ€. Media dibawa ke โ€œhullโ€ (badan kapal) LCS 1. Badan kapal LCS 2 hanya boleh dilihat dari jauh, dan kapal-kapal yang lain tidak kelihatan.

Seperti Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin cuba membuktikan bahawa kapal dan badan kapal memang wujud.

Kenapa bawa media tengok badan kapal (yang sama sejak tahun 2017)? Kan Ketua Eksekutif LTAT Datuk Nazim Rahman kata badan kapal boleh dinampak dari jauh dalam perjalanan ke Pulau Pangkor?

Seperti yang pernah kami terangkan, kelengkapan dan peralatan kapal berdasarkan detailed design adalah jauh lebih penting daripada badan kapal. Detailed design belum siap lagi. Peralatan belum dapat dipasang lagi.

Projek LCS tidak dapat diteruskan tanpa detailed design dan sebarang status siap kerja yang lain adalah tidak bermakna.

Najib cuba menuding jari dan menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan untuk kelewatan projek LCS. Pakatan Harapan berkuasa 22 bulan tetapi Barisan Nasional yang memegang tampuk kuasa sebelum dan selepas itu melebihi 60 tahun.

Kementerian Pertahanan yang dipimpini Mohamad Sabu tidak membeku projek LCS. Projek LCS tergendala kerana kekangan kewangan syarikat BNS. Kerajaan Pakatan Harapan cuba selamatkan projek LCS dan sedia menyuntik dana tetapi kerajaan dijatuhkan.

Dalam 26 bulan ini sejak Langkah Sheraton, jawatan Menteri Pertahanan dipegang oleh UMNO, iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Hishammuddin. Kalau ikut logik Najib, kapal LCS patut dibina lebih cepat selepas Februari 2020. Namun, satu kapal pun tak siap lagi. Dan amat pelik sekali, kenapa status pembinaan yang diumumkan semalam lebih rendah berbanding dengan Oktober 2020?

Tugas Hishamuddin bukan untuk โ€œcover-upโ€ atau sembunyikan kebenaran bahawa projek LCS adalah projek sakit tetapi memberi jalan penyelesaian kepada soalan-soalan berikut:

1. Adakah projek LCS dimulakan untuk membiayai hutang lapuk BNS? (RM 745 juta dana LCS digunapakai untuk membiayai hutang lapuk New Generation Patrol Vessel secara haram. Najib pula cuba โ€œmenghalalkanโ€ pembayaran ini.)

2. Siapa yang bertanggungjawab ke atas penukaran sistem dari Sigma ke Gowind? (Menurut Laporan PAC, mantan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi menukarkan sistem pada Julai 2011 tanpa memaklumkan Tentera Laut Diraja Malaysia. Pada ketika itu, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah Datuk Seri Najib Razak.)

3. Daripada RM 6.08 bilion yang diberikan kepada BNS, berapa telah disonglap dan hilang tanpa jejak?

4. Bila detailed design yang dijadualkan selesai pada November 2016 boleh dimuktamadkan?

5. Apakah jumlah dana suntikan untuk memulihkan projek LCS? (Pada tahun 2021, BNS mencadangkan untuk menerbit sukuk sebanyak RM 4 bilion sebagai tambahan kepada baki baki RM 3 bilion dari peruntukan asal projek LCS. Adakah BNS memerlukan RM 7 bilion lagi selepas RM 6.08 bilion telah disuntik?)

6. Apakah jadual terbaru serahan kapal oleh BNS kepada TLDM? (Kami difahamkan bahawa sekiranya projek LCS bermula sekarang, LCS 1 hanya akan diserahkan kepada TLDM pada tahun 2026).

Mohamad Sabu

Mantan Menteri Pertahanan

Liew Chin Tong

Mantan Timbalan Menteri Pertahanan

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi