Kes Tenaga Solar: Dominasi Rosmah Mansor terhadap Najib Razak

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dihukum penjara 10 tahun dan didenda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek tenaga solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Semua rakyat Malaysia harus merujuk kepada keputusan penghakiman sepanjang 116 muka surat yang ditulis oleh Hakim Mohamad Zaini Mazlan untuk mendapatkan gambaran jelas tentang cara Rosmah campur tangan dalam tugas Najib sebagai Perdana Menteri yang bukan sahaja menimbulkan tidak puas hati di kalangan warga perkhidmatan awam dan menteri daripada UMNO sendiri, malah merosakkan negara kita.

๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ด๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ

369 sekolah luar bandar di Sarawak yang tidak disambung kepada grid elektrik kerana terlalu jauh jaraknya bergantung kepada penjana kuasa atau generator bagi membekalkan elektrik. Generator ini dibekal serta diselenggarakan oleh 30 kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan kerajaan persekutuan di bawah Projek Genset.

Salah satu daripada 30 kontraktor ini, Jepak Holdings Sdn Bhd diberi tanggungjawab untuk membekalkan generator bagi 16 sekolah di kawasan Daro/Mukah dan 12 lagi sekolah di Baram II. Namun, Jepak Holdings yang tamak ingin memonopoli seluruh projek pembekalan elektrik kepada sekolah luar bandar di Sarawak. Projek solar bernilai RM 1.25 bilion yang bakal dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun dicadangkan oleh Jepak kepada kerajaan.

Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi bin Abang Samsudin adalah kenalan lama Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mengambil alih portfolio pendidikan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat oleh Najib pada 28 Julai 2015.

Saidi cuba memujuk Mahdzir untuk luluskan projek solar. Mahdzir yang ragu-ragu dengan kebolehan Jepak Holdings untuk menjayakan projek solar juga tidak ingin memintas tatacara perolehan sedia ada. Tambahan pula, Kementerian Pendidikan sedang merancang untuk menghubungkan beberapa sekolah ini kepada grid elektrik. Kontrak Genset pula lama lagi sebelum tamat tempoh pada bulan Disember 2016.

Saidi yang terdesak meminta Rosmah untuk bantu Jepak Holdings dapatkan projek solar melalui pengaruh Najib.

Sebagai ganjaran, Jepak Holdings menawarkan upah 10 peratus daripada kontrak bernilai RM 1.25 bilion kepada Rosmah. Namun, Rosmah yang tamak haloba pula minta nilai tersebut ditambah kepada 17 peratus. Akhirnya, dua-dua pihak setuju dengan jumlah RM 187.5 juta iaitu 15 peratus daripada nilai kontrak.

Rosmah mendapatkan upah RM 187.5 juta untuk dirinya sendiri dengan semata-mata memberi arahan kepada Najib untuk meluluskan projek ini.

๐—ง๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—ถ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป

Projek solar Rosmah adalah salah satu daripada banyak projek bersifat vendor-driven yang dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional di mana keuntungan vendor diutamakan dan keperluan sebenar pengguna diabaikan. Satu lagi projek vendor-driven adalah projek kapal tempur pesisir (LCS) yang mengetepikan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Cubaan pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan untuk melakukan perkara yang betul dan menghentikan projek solar pada beberapa peringkat dihalang oleh Najib dan Rosmah.

Pertama, tanpa mengambil kira kebimbangan Menteri Pendidikan Mahdzir terhadap keupayaan Jepak Holdings, pada 1 Disember 2015, Najib menulis minit โ€œBersetuju dilaksanakan sistem baru ini dan batalkan sistem lamaโ€ pada surat syarikat tersebut yang bertarikh 23 November 2015.

Mahdzir dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan pada ketika itu, Tan Sri Madinah Mohamad enggan mengikuti arahan Najib kerana penamatan awal kontrak Genset akan memberi implikasi kewangan kepada kerajaan.

Kedua, bahagian teknikal Kementerian Pendidikan mencadangkan kepada Mahdzir pada bulan Mei 2016 untuk Jepak Holdings menjalankan kajian rintis (pilot test) projek solar di 16 sekolah di kawasan Daro/Mukah dan 12 sekolah di kawasan Baram II yang terletak di bawah seliaan syarikat tersebut mengikuti kontrak Genset.

Saidi dan Jepak Holdings tidak berpuas hati dengan cadangan tersebut. Apa yang mereka inginkan adalah Surat Setuju Terima (SST) bagi kesemua 369 sekolah yang terlibat. Rosmah melalui pembantu beliau menegur Mahdzir. Pembantu Rosmah juga meminta Madinah menyegerakan projek tersebut.

Jepak menulis kepada Najib sekali lagi pada 2 Jun 2016 dan pada surat inilah Najib catatkan pada 7 Jun 2016 โ€œsila laksanakan seperti minit saya duluโ€.

Dalam keterangan beliau di mahkamah, Mahdzir menyatakan bahawa ini adalah kali pertama Najib menghantar dua minit berturut-turut bagi projek yang sama. Ia meletakkan Mahdzir dalam keadaan tertekan untuk mengarahkan pihak kementerian mengikut arahan Najib.

Ketiga, vendor terus mengganggu Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian. Menurut penghakiman, Mahdzir dua kali berjumpa dengan Najib pada bulan Jun 2016. Beliau cuba meyakinkan Najib untuk menggunakan tender terbuka bagi projek itu dan bukannya melalui rundingan terus dengan Jepak. Namun, Najib tetap bertegas dan menyuruh beliau melaksanakan arahannya. (Perenggan [42]) Rosmah juga menekankan Mahdzir untuk memberi lebih perhatian kepada projek Jepak.

Keempat, nasihat Datuk Othman Semail, Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan diketepikan oleh Najib yang menyebelahi Jepak. Othman menegur Jepak kerana tidak mengikut prosedur kementerian di samping menegaskan bahawa beliau berkhidmat kepada orang ramai, bukan ahli politik. Berikutan insiden ini, Najib menulis minit khususnya bagi Othman dengan arahan โ€œYBhg Datuk Othman, Bersetuju diluluskan Rundingan Terus berdasarkan penjimatan kos. Sila uruskan segera.โ€

Segala usaha oleh penjawat awam seperti Datuk Othman dan Tan Sri Madinah yang ingin memelihara kepentingan kerajaan dan negara tidak dihirau oleh Najib dan Rosmah yang tamak mengejar kemewahan.

Kenapa Najib bersungguh-sungguh ingin menjayakan projek solar ini?

Rupa-rupanya ini adalah demi kepentingan peribadi isterinya seperti yang diberitahu oleh Rosmah sendiri โ€œAku dah cakap dengan laki aku dah.โ€

Beberapa hari kemudian, kelulusan Kementerian Kewangan untuk membolehkan rundingan terus dikeluarkan.

Kelima, Kementerian Pendidikan hanya setuju untuk keluarkan Surat Niat (letter of intent) dan bukan Surat Setuju Terima (letter of award). Pada 8 November 2016, Najib telah minitkan arahan kepada Mahdzir di atas surat daripada Jepak seperti di bawah: โ€œSila keluarkan SST untuk projek berdasarkan surat Jepak Holding secara segera.โ€

Keenam, pada 9 November 2016, Mahdzir mengadu kepada Najib mengenai gangguan Saidi terhadap dirinya sendiri dan sikap yang tidak menghormatinya sebagai menteri. Najib bagaimanapun sekali lagi tidak mengendahkan aduan itu dan mengarahkan Mahdzir untuk mengikut arahan sahaja.

Ketujuh, pada 10 November 2016, SST bernilai RM 1.25 bilion dikeluarkan. Salah satu klausa adalah kementerian berhak untuk menamatkan kontrak atau mengecualikan sekolah daripada projek solar setelah sekolah-sekolah ini disambung kepada grid elektrik. Selepas pembantu Rosmah menyampaikan teguran Rosmah kepada Mahdzir, Mahdzir terpaksa mengarahkan pegawai beliau mengeluarkan klausa tersebut.

Kelapan, pada Julai 2017, Saidi mengadu kepada Mahdzir bahawa bahagian kewangan Kementerian Pendidikan menangguhkan bayaran kerana Jepak tidak mengemukakan dokumen yang lengkap. Mahdzir minta supaya Saidi mengikut prosedur dan hantar dokumen yang diperlukan. โ€œSaidi tersinggung dan memperlekehkan Mahdzir. Beliau memberi amaran kepada Mahdzir bahawa beliau akan mengadu kepada Najib, Rizal (pembantu Rosmah dan tertuduh (Rosmah).โ€ (Perenggan [69])

Rizal yang menerima arahan daripada Rosmah mengarahkan Mahdzir untuk menulis surat kepada Najib selaku Menteri Kewangan untuk memohon pengecualian dokumen tertentu supaya Kementerian Pendidikan boleh membayar tuntutan interim kepada Jepak. Najib segera mencatatkan โ€œBersetuju diberi pengecualian seperti dipohon. Sila uruskan.โ€

Dalam surat Kementerian Kewangan kepada Datuk Seri Alias bin Ahmed yang menggantikan Madinah sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan baharu, Kementerian Pendidikan diarahkan untuk membuat bayaran interim RM 63 juta kepada Jepak dalam tempoh 24 jam.

Menteri dan penjawat awam kanan berkali-kali ditekan oleh Najib dan Rosmah. Setiap kali Saidi dan Jepak menghadapi kesulitan, Rosmah menjadi hero yang menyelamatkan mereka melalui suami beliau.

Seperti yang Hakim Zaini nyatakan dalam penghakiman beliau, โ€œamat menakjubkan bahawa kontrak bernilai RM 1.25 bilion boleh diberikan hanya dengan menulis minit tanpa melalui prosedur yang diharapkan berfungsi sebagai semak dan imbang.โ€ (Perenggan [235])

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ (๐—œ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฒ ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ต๐—ถ๐—ฝ)

Hakim berpendapat bahawa Rosmah adalah kuasa sebenar di belakang Najib dan Rosmah seumpama pemerintah bersama di jawatan Perdana Menteri. โ€œDengan hormatnya saya mengatakan, ia nampak tertuduh (Rosmah) mendominasi Najib. Dia mempunyai kawalan ke atas beliau. Rosmah tidak ada urusan campur tangan dalam tugas Najib atau hal ehwal kerajaan, tetapi beliau melakukannya.โ€ (Perenggan [237])

Menurut penghakiman, Rizal Mansor juga setuju bahawa tertuduh (Rosmah) mempunyai pengaruh besar ke atas warga perkhidmatan awam yang selalunya tidak berani mengingkari arahan beliau. Penjawat awam akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan Rosmah. Rizal dakwa bahawa Rosmah digeruni warga perkhidmatan awam kerana โ€œdilihat garang dan boleh mempengaruhi keputusan dan tindakan Perdana Menteri untuk memindahkan mereka yang menentang permintaan beliau ke jawatan yang kurang penting atau jawatan โ€˜peti sejukโ€™.โ€ (Perenggan [78])

Najib dan Rosmah memerintah negara seolah-olah mereka akan menongkat langit buat selama-lamanya dan tidak perlu bertanggungjawab terhadap jenayah mereka.

Tarikh dan kronologi projek solar yang bertindih dengan tempoh kemuncak pendedahan krisis 1MDB menunjukkan betapa angkuhnya Najib dan Rosmah kerana tidak takut langsung untuk meneruskan kesalahan jenayah mereka.

Malangnya, projek solar ini hanya sebahagian kecil daripada usaha suami isteri ini untuk mencuri duit rakyat. 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah melebihi RM 100 juta milik Rosmah disita oleh pihak berkuasa pada tahun 2019. Mustahil suapan daripada projek solar sahaja cukup untuk menampung nafsu berbelanja dan membeli-belah Rosmah sebegini.

Sistem satu parti dengan kuasa mutlak di dalam tangan Perdana Menteri Diraja menyebabkan Najib dan Rosmah lupa diri sehingga mereka berulang kali terlibat dalam skandal rasuah.

Perdana Menteri memegang kuasa yang terlampau. Mekanisme semak dan imbang semakin pincang semasa Najib memegang portfolio kewangan walaupun โ€˜tradisiโ€™ Perdana Menteri juga memegang jawatan Menteri Kewangan bermula pada akhir tahun 1990-an selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan.

๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ท๐˜‚ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป

Penumpuan kuasa di peringkat kerajaan pusat akhirnya hanya memanfaatkan kroni. Projek-projek demi kesejahteraan rakyat termasuk projek bekalan elektrik kepada sekolah harus diletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Selama ini, saya menggalakkan supaya hubungan dan pengagihan kuasa di antara kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri dikaji semula. Kerajaan negeri harus diberi lebih autonomi, termasuk dari segi pendidikan, kerana kerajaan negeri lebih memahami keperluan sebenar rakyat. Kerajaan pusat tidak perlu dominasi segala-galanya.

Rosmah dan Najib yang mengaut keuntungan melalui projek solar telah menafikan peluang pendidikan golongan pelajar kurang berkemampuan di luar bandar. Jenayah Rosmah dan Najib yang paling besar adalah bahawa mereka telah menggadaikan masa depan anak muda negara kita demi ketamakan diri.

Peruntukan Kementerian Pendidikan yang sepatutnya boleh digunapakai untuk tujuan lain disonglap oleh penyamun negara.

Kerajaan Malaysia perlu merombak dasar perolehan supaya tiada lagi projek vendor-driven pada masa yang akan datang. Sistem atau mekanisme melawan amalan rasuah, terutamanya rasuah berskala besar perlu ditetapkan. Seperti yang dibimbangi Hakim Zaini, โ€œperbuatan makan suap sudah meresapi hampir setiap lapisan masyarakat. Budaya rasuah perlu dihentikan sebelum ia menjadi pandemik. Sekiranya rasuah dibiarkan tanpa sebarang kekangan, masyarakat akan menerimanya sebagai satu kebiasaan dalam hidup atau dunia perniagaan. (Perenggan [248])

Pilihan raya umum ke-14 telah menamatkan zaman Perdana Menteri Diraja (imperial prime ministership). Keadilan akhirnya ditegakkan berikutan hukuman penjara Najib dan sabitan Rosmah. Malaysia kini memerlukan orde politik baharu yang lebih demokratik yang lengkap dengan sistem semak dan imbang yang menyeluruh bagi menggantikan orde lama yang telah dikalahkan.

Liew Chin Tong

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Mengapa keselamatan ekonomi penting untuk Malaysia?

Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berucap di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). MKN adalah sebahagian daripada program pendidikan ketenteraan profesional di Malaysia. Tidak…
Baca Lagi

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi