
Wee Ka Siong, Jangan Malas Mengkaji Sebelum Menuduh Kerajaan

Pada 29 Oktober lalu apabila Menteri MITI Tengku Zafrul Aziz menyampaikan penerangan khas di Parlimen mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) Malaysia-Amerika Syarikat, Speaker Tan Sri Johari Abdul memaklumkan Dewan Rakyat bahawa semua Ahli Parlimen dibenarkan mengemukakan pertanyaan pada keesokan harinya pada 30 Oktober sewaktu sesi penggulungan MITI bagi perbahasan Belanjawan 2026.
Mewakili MITI untuk membuat penggulungan, saya memberi peluang kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti untuk berhujah serta membangkitkan persoalan mengenai ART. Saya tidak sekali-kali menyekat sesiapa pun daripada mencelah bertanya soalan sepanjang tempoh sejam itu.

Namun, Wee Ka Siong tidak ada di dalam Dewan pada masa itu. Ke mana dia pergi, tiada siapa yang tahu.
Beliau yang tidak mengambil peluang untuk bertanya di Parlimen tiba-tiba mengeluarkan satu klip video “Mengapa Cambodia boleh, Malaysia TAK boleh” yang memberi gambaran bahawa Perjanjian Perdagangan Kemboja-AS lebih baik berbanding apa yang Malaysia meterai. Sebenarnya, tanpa menyemak fakta, beliau sekadar meniru hujah lemah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Saya tidak bercadang untuk membandingkan perjanjian Malaysia-AS dengan Kemboja-AS. Ia tidak boleh dibuat perbandingan kerana keadaan negara masing-masing yang berbeza. Tetapi saya terpaksa menjelaskan dan memperbetulkan hujah-hujah dangkal mereka.
Artikel 5.1.1 perjanjian perdagangan Kemboja dengan AS menyatakan bahawa dalam hal-ehwal perdagangan, Kemboja perlu mengikut apa-apa sahaja yang telah diminta oleh AS, asalkan ia tidak menjejaskan kedaulatan Kemboja.
Ini telah pun dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bangi Sdr Syahredzan Johan yang merupakan seorang peguam.

Artikel 5.1.1 untuk ART Malaysia-AS pula dengan terang melindungi kepentingan negara dan kedaulatan Malaysia. Ia dengan jelas menyatakan bahawa sebarang tindakan yang perlu diambil oleh Malaysia mesti:
• Dipandu oleh prinsip ketelusan (Be guided by principles of goodwill)
• Menangani kebimbangan ekonomi dan keselamatan negara yang dikongsi bersama (Address a shared economic and national security concern)
• Mengikut undang-undang dan peraturan domestik (Malaysia) (Be in accordance with domestic (Malaysian) laws and regulations)
• Mengikut garis masa yang diterima oleh kedua-dua pihak (At a timeline acceptable to both parties)

Saya telah menjelaskan kepada Parlimen bahawa sementara Kemboja telah menghapuskan 100% tarifnya terhadap barangan industri dan produk makanan serta pertanian AS, Malaysia masih berhak untuk mengenakan tarif secara adil.
Seperti yang berulang kali saya nyatakan di dalam Dewan, ketika negara-negara di dunia ini bergantung kepada pasaran AS, kita semua perlu berunding dengan AS setelah pengumuman Hari Pembebasan (Liberation Day) oleh Presiden Amerika Syarikat pada April lalu.
Jika Wee hadir sewaktu penggulungan saya pada 30 Oktober, atau pada sesi taklimat yang saya adakan untuk Ahli Parlimen Kerajaan pada 29 Oktober, sudah tentu beliau akan lebih faham, dan tidak membuat tuduhan palsu itu.
Beliau boleh terus menghubungi saya melalui WhatsApp jika ingin mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut tentang ART Malaysia-AS. Saya tahu beliau memang ada nombor telefon saya sejak tahun 2005.
Jika Wee enggan mendapatkan penjelasan, memang sah kritikannya terhadap kerajaan hanyalah sekadar mencari publisiti murahan. Beliau patut sedar bahawa perbuatannya mengutuk usaha Kerajaan MADANI – kerajaan yang beliau sendiri merupakan anggotanya – adalah tindakan yang kurang cerdik, seperti meludah ke langit.
Kongsi artikel ini
Artikel yang berkaitan


- 16 Sep 2025·
Ketidakjaminan Ekonomi Boleh Membawa Kepada Bencana Politik

- 9 Jan 2025·