
Pakatan Harapan gempur kubu kuat BN
- 31 Januari 2018
- Johor

Ucapan Pengerusi DAP Johor dan AHli Parlimen Kluang Liew Chin Tong pada 28 Januari 2018 di pelancaran Pusat Pilihan Raya Pakatan Harapan Ayer Hitam (disiarkan pada 29 Januari)
Dalam menghitung 100 hari menuju pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang digelar “ibu segala pilihan raya” oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Pakatan Harapan akan menggempur salah satu kubu kuat BN, Ayer Hitam.
Daripada 21 kerusi parlimen yang dimenangi BN di Johor pada PRU 2013, 10 kerusi itu dianggap berpotensi malah boleh dimenangi Pakatan Harapan. Ayer Hitam bukan salah satu yang termasuk dalam senarai sasaran seperti itu kerana ia sebelum ini dilihat begitu mustahil untuk dimenangi pembangkang.
Dengan pelancaran pusat pilihan raya baru Pakatan Harapan ini, yang mungkin merupakan yang pertama dalam menghadapi PRU kali ini, kita membuat serius untuk memberi cabaran di Ayer Hitam. Tiada siapa yang begitu naif untuk fikir bahawa perkara ini mudah. Hakikat bahawa kita mencabar di Ayer Hitam menunjukkan kesungguhan Pakatan Harapan dalam PRU akan datang – ia ada perlawanan ‘kalah mati’ yang akan menentukan sama ada Najib akan menjadi Perdana Menteri seumur hidupnya kerana kemungkinan tiada lagi pembangkang yang lebih berkredibel dalam PRU ke-15 atau kemunculan kerajaan baru Pakatan Harapan untuk Malaysia yang lebih baik.
Demikianlah keseriusan PRU ke-14 nanti.
Bagaimanapun pertarungan di Ayer Hitam bukan ‘keberanian mentah politik’ atau ‘misi bunuh diri’. Ia adalah gambaran untuk senario akan datang: bahawa kubu kuat BN sekalipun kini goyah.
Kemenangan di Ayer Hitam bererti 10 lagi kerusi Parlimen BN di Johor boleh jatuh ke tangan Pakatan Pakatan Harapan.
Pertarungan di Ayer Hitam akan menyediakan platform untuk semua rakyat Malaysia terutamanya pengundi dalam kawasan dan negeri ini, bagi menyatakan aspirasi mereka terhadap masa depan Johor dan Malaysia.
Sebagai contoh, jalan persekutuan di hadapan pusat pilihan raya ini sendiri, FT50 Jalan Batu Pahat, yang dikenali sebagai jalan paling bahaya di negara dengan jumlah kemalangan tertinggi direkodkan secara konsisten, termasuk yang mengorbankan nyawa.
Sebagai Ahli Parlimen Kluang, yang bersebelahan dengan kerusi Ayer Hitam, saya sudah berkempen untuk pembinaan pembahagi jalan dan pemasangan lampu jalan sepanjang jalan ini.
Kerajaaan BN berjanji umtuk menaik taraf FT50 sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) namun terus menangguhkannya atas kekangan bajet, atau lebih tepat lagi, ketidakcekapan menguruskan keutamaan. Apa guna mempunyai menteri yang juga memegang jawatan kedua tertinggi dalam parti sebagai Ahli Parlimen Ayer Hitam sekiranya nyawa sering terkorban di jalan persekutuan ini?
Dalam tahun keempat belas sebagai AHli PArlimen Ayer Hitam sejak 2004 dan hampir empat tahun sebagai menteri kabinet, Wee Ka Siong boleh menghalang begitu banyak pembaziran dana awam kerajaan, rasuah dan perbelanjaan melampau serta memperuntukkan RM80 juta bagi menaik taraf FT50 agar ia lebih selamat digunakan oleh penduduk tempatan.
Setia nyawa yang hilang di FT50 adalah disebabkan kerajaan yang tidak mengambil tindakan sejak lebih kurang sedekad lalu. Wee merupakan Ahli PArlimen tapi beliau lebih berminat untuk berpura-pura sebagai pencabar Ketua Menteri Pulau Pinang dengan cuba memburukkan imej Lim Guan Eng berkenaan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Saya menggesa Wee untuk menumpukan tenaganya bagi menaik taraf FT50 untuk melindungi nyawa rakyat di kawasannya.
Pertarungan di Ayer Hitam pastinya akan mencabar. Ia sama mencabarnya dengan PRU ke-14 untuk rakyat Malaysia yang mahu mengalahkan Najib bagi melahirkan sebuah Malaysia yang lebih baik. Ia adalah sesuatu yang sukar namun bukan sesuatu yang mustahil.
Kongsikan artikel ini
Artikel Berkaitan


- 24 Feb 2023·
Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

- 2 Jul 2022·
Menteri Besar perlu nyatakan dengan jelas pendekatan ekonomi Kerajaan Negeri
Sertai Kami
Bersama kita mencetus perubahan!
Untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mencipta sejarah. Teruskan perjuangan!