KDN perlu pastikan kelancaran kaunter imigresen

Setelah Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari Rabu 9 Mei sebagai hari mengundi bagi pilihan raya umum ke-14, pengundi luar kawasan dan luar ngara akan menghadapi kesukaran untuk pulang ke tanah air bagi membuang undi.

Ini menunjukkan Barisan Nasional semakin panik kerana ia mahu mengurangkan kadar keluar mengundi untuk mengekalkan kuasanya. Perdana Menteri Sementara Najib Razak bimbang ramai pengundi akan pulang untuk mengundi Pakatan Harapan.

Walaupun BN cuba menang dengan cara yang tidak demokratik, ia gagal menahan gelombang kebangkitan rakyat.

Selepas SPR mengumumkan 9 Mei sebagai hari mengundi, ramai pengundi yang bekerja di luar kawasan dan di luar negara telah mengambil pelbagai inisiatif dalam kempen #PulangMengundi seperti mencadangkan perkongsian kereta atau “carpooling” dan sumbangan wang atau “crowd-funding” untuk membeli tiket penerbangan.

Sektor perniagaan pula menawarkan pelbagai kemudahan supaya lebih ramai orang balik mengundi. Malah, ada majikan yang menawarkan cuti untuk pekerja mereka. Respons pengundi luar kawasan sangat positif. Ramai yang menyahut seruan kempen #PulangMengundi.

Sehubungan itu, DAP Johor mendesak Kerajaan Sementara Najib supaya mengarahkan Jabatan Imigresen membuat persiapan rapi untuk memudahkan pengundi pulang ke tanah air.

DAP Johor mencadangkan kepada Jabatan Imigresen supaya membuka semua kaunter imigresen dan sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang situasi.

Ini bagi mengurangkan kesesakan di pintu masuk Tambak Johor dan Link Kedua serta penambahbaikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA2 dan tempat-tempat lain yang berkaitan;.

Kerajaan Sementara Najib juga digesa supaya berbincang dengan pihak berkuasa Singapura dalam hal ini untuk memastikan kelancaran pergerakan pada waktu puncak hari mengundi.

DAP Johor juga mengingatkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa sebagai wakil Kerajaan Sementara yang juga penyandang Ahli Parlimen Pulai, beliau wajib melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan adil dan saksama.

Pada Januari tahun ini, beliau dipetik oleh media sebagai berkata bahawa warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura tidak akan balik mengundi kerana mereka tidak peduli dengan PRU. Kini terbukti sangkaan beliau meleset. Sekarang ramai rakyat Malaysia mahu balik mengundi.

Dengan itu, Nur Jazlan berkewajipan untuk memastikan bahawa pihak berkuasa imigresen di bawah bidang kuasanya memberi kerjasama dalam memastikan pengundi balik tanpa halangan.

Tetapi beliau tidak pula berbuat sedemikian, sebaliknya masih angkuh dan tidak suka dengan semangat pengundi Malaysia mahu pulang mengundi.

Apabila sebuah syarikat penerbangan mengenepikan caj tempahan semula atau penukaran laluan penerbangannya sempena PRU14, beliau menyelar pelan perniagaan tersebut. Malah, beliau mengejek syarikat itu dengan berkata, “Mengapa tak beri sahaja tiket penerbangan percuma bagi semua orang pulang mengundi ?”

Sikap takut beliau terhadap gelombang rakyat pulang mengundi menyebabkan beliau membebel hal yang bukan-bukan. Media juga memetik beliau sebagai berkata bahawa kerajaan tidak perlu mengisytiharkan 9 Mei sebagai cuti umum.

Alangkah malunya beliau apabila saranannya ditolak oleh Kerajaan Sementara Najib yang telah mengisytiharkan 9 Mei sebagai cuti umum. Najib sendiri tunduk kepada Kuasa Rakyat. PRU ke-14 adalah kebangkitan rakyat seluruh negara. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia!

Kerajaan Sementara Najib dan SPR bertanggungjawab untuk menggalakkan serta memudahkan rakyat melaksanakan tanggungjawab dan hak sebagai pengundi.

Sebagai seorang ahli Kerajaan Sementara, Nur Jazlan haruslah menjalankan tugas beliau, bukannya mengejek dan menyindir pengundi, peniaga dan majikan yang patriotik dalam kempen #PulangMengundi.

(Kenyataan Media oleh Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor pada 12 April 2018.)

Kongsikan artikel ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Artikel Berkaitan

Lima tema untuk Johor bergerak maju

Sebaik sahaja dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor oleh Pakatan Harapan Johor, saya telah menyuarakan hasrat untuk memimpin barisan Pembangkang yang konstruktif. Ini penting untuk membina kerjasama dwipartisan dalam…
Baca Lagi