Undi untuk Gan Ping Sieu adalah undi untuk Najib

Ucapan Pengerusi DAP Johor dan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong di ceramah Pakatan Harapan di Kluang pada 24 Februari 2018 (disiarkan pada media dalam versi bahasa inggeris pada 25 Februari 2018)
Calon MCA untuk Kluang, Gan Ping Sieu berkata kepada media bahawa dasar Pakatan Harapan tidak realistik, terutamanya tentang penghapusan GST.
Saya menyeru Gan untuk menyatakan secara terbuka sokongannya terhadap pelaksaan GST dan jelaskan kepada pengundi Kluang.
Mendakwa bahawa pasaran akan runtuh dan kewangan kerajaan akan terjejas teruk dengan penghapusan GST namun tidak menyentuh tentang rasuah berleluasa dan pembaziran melampau oleh kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanyalah sekadar propaganda yang tiada kebenaran.
Ekonomi rakyat Malaysia terjejas teruk akibat daripada kesan 1) pelaksanaan GST pada April 2015; 2) kejatuhan nilai ringgit sejak 2014; dan 3) pemotongan dana kerajaan yang menjejaskan perubatan, pendidikan, pendidikan tinggi dan kebajikan, selain penghapusan subsidi sejak 2014.
Kesan daripada semua perkara di atas sangat teruk dan menjejaskan rakyat biasa Malaysia. Ekonomi negara hanya kelihatan baik di atas kertas hasil dari lonjakan dalam sektor eksport tahun lalu. Namun hakikatnya, rakyat biasa Malaysia tidak begitu merasakan hasilnya.
Semakin ramai warga Johor, terutama dari Kluang, terpaksa bekerja di Singapura sejak pilihan raya lalu. Kira-kira 200,000 rakyat Malaysia berulang-alik menyebrang tambak Johor untuk bekerja di Singapura pada 2013; kini dianggarkan jumlah itu meningkat kepada 300,000 sehari.
Perkara ini mencerminkan kegagalan Najib dalam mentadbir ekonomi. Lebih malang apabila kerajaan Najib tidak faham kesusahan rakyat biasa Malaysia.
Justeru, undi untuk Gan Ping Sieu adalah undi untuk Najib. Gan antara yang bertanggungjawab dengan setiap kegagalan dasar kerajaan Najib.
Ekonomi Malaysia perlukan dorongan dan kerajaan baru yang peduli serta bekerja untuk rakyat biasa Malaysia.
Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi