Idea Utama Sebuah Pekerjaan Dibayar Setimpal

Saya mulakan dengan memberi pandangan mengenai misi masa depan Malaysia iaitu: Agihan pendapatan rakyat akan berubah daripada struktur lapisan piramid lama, yang meletakkan rakyat  di lapisan bawah, kepada struktur yang lebih dinamik, disokong oleh kelas menengah yang kukuh dan stabil.

 

Setiap daripada kita dalam Malaysia Baharu perlu sama-sama berfikir supaya visi ini dapat diterjemahkan supaya menjadi kenyataan.

 

Kita perlu jelas bahawa kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lepas bukan atas faktor perkauman, sentimen agama dan nasionalis. Pilihan raya telah membuktikan sesuatu yang saya percaya iaitu: punca pendapatan merupakan kebimbangan rakyat Malaysia, bukan  identiti kaum, tetapi rezeki yang diperoleh.

 

Perkara ini tidak bermaksud retorik dan perpecahan kaum serta agama telah lenyap. Tetapi, perpecahan ini akan bertambah serius sekiranya pihak berkuasa gagal membentuk pertumbuhan ekonomi yang stabil. Dibawah kemelut ekonomi, ketakutan dan kelemahan rakyat akan digunakan untuk mengalihkan pandangan kepada isu perbezaan agama dan kaum.

 

Sebagai kerajaan baharu yang komited dalam menggunakan pendekatan berbeza, kita harus bermula dengan membangunkan ekonomi untuk rakyat, bukan golongan kaya.  Demokrasi negara akan lebih terjamin sekiranya ekonomi dapat menjadi asas membentuk sebuah negara yang kukuh dan jurang yang kian mengecil.

 

Saya mencadangakan tiga kaedah yang boleh dilaksanakan oleh pentadbiran negara dan pembuat dasar yang boleh membantu proses penstrukturan ekonomi negara, supaya semua rakyat Malaysia mendapat peluang pekerjaan yang baik dengan kadar gaji yang setimpal bagi membangunkan semula ekonomi yang inklusif.

 

Pertama, meningkatkan kadar gaji dan pekerjaan berkemahiran rendah merupakan satu langkah permulaan untuk proses perubahan. Kerajaan perlu melabur kepada aset yang sungguh berharga – iaitu, rakyat. Kita mahu mencetuskan sebuah kitaran yang terbaik dalam isu pendapatan tinggi, berkemahiran tinggi dan produktiviti yang tinggi, supaya tiada siapa yang ketinggalan.

Ekonomi negara tidak seharusnya bergantung kepada unjuran ‘perkiraan angka’ melalui jumlah yang besar dalam pekerjaan berkemahiran rendah, pekerja asing yang tidak berkemahiran, namun perlu meletakkan nilai tinggi kepada pekerja berkemahiran dan mengambil berat akan pekerja.

Kedua, model Flying Geese telah melangkaui peranannya. Model ini sepatutnya meletakkan Amerika Syarikat (begitu juga Eropah) sebagai destinasi terakhir hasil eksport industri asia, yang kini dilihat tidak realistik selepas krisis kewangan global sedekad yang lalu, tidak dilupakan juga perang perdagangan Amerika Syarikat –  China.

 

Akhir sekali, sebagai pemain utama dalam ekonomi negara, kerajaan harus memainkan peranan keushawanan secara aktif, meletakkan hala tuju yang jelas bagi pembangunan sektor swasta dan membangunkan ekonomi negara menjadi sebuah wilayah yang dinamik dan pesaing dunia.

  1. Menaik taraf pekerjaan bawahan

Merujuk kepada kategori kerja yang diberikan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), pekerjaan di Malaysia kebanyakannya berkemahiran serdahana. Namun, sekiranya dilihat kepada gaji median, majoriti pekerja Malaysia berpendapatan kurang daripada RM 2,000 sebulan. Dengan erti kata lain, struktur gaji negara amat rendah.

Pendapatan yang rendah merupakan faktor kebanyakan rakyat Malaysia pergi ke Singapura setiap hari kerana tawaran kerja dengan gaji yang baik, menjadi pemetik buah di ladang Australia dan Korea Selatan  secara haram. Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia menolak untuk bekerja dalam sektor 3D tempatan – bahaya, kotor, sukar, – tetapi mereka sanggup bekerja dalam sektor yang sama di negara luar.

Berdasarkan data Bank Negara Malaysia, hampir 200,000 rakyat Malaysia  ke Singapura untuk bekerja setiap hari dan 40% daripada mereka bekerja dalam sektor 3D. Adakah ini tawaran yang terbaik yang boleh kerajaan berikan? Mengapa kerajaan tidak menaikkan gaji sektor 3D bagi membolehkan mereka menerima pendapatan yang setimpal di tanah air sendiri?

Kita mampu, contohnya, membayar gaji tukang pemungut sampah dengan RM 2,000 sebulan. Para pembaca tentunya merasakan ini satu jenaka. Bagaimana tukang kutip sampah dibayar RM 2,000 sebulan dengan keadaan pasaran kerja terkini?

Tetapi, sekiranya kita mampu mengatur semula ekonomi negara. Amalan pihak berkuasa dalam menguruskan kontrak kutip sampah kepada kroni yang menyebabkan wujudnya lapisan subkontraktor. Kebiasaannya, terdapat orang tengah/broker yang mendapat habuan daripada kontrak melalui hubungan politik.

Semasa tugas tersebut diberikan kepada subkontraktor yang dipilih, pekerjaan tersebut tidak mempunyai nilai keuntungan lagi. Pihak subkontraktor, yang lebih bimbang sekiranya berlaku potongan peruntukan, sanggup membayar upah minimum kepada pekerja asing yang tidak berkemahiran.

Adakah ia menjadi satu kebimbangan sekiranya kadar gaji dinaikkan untuk pekerjaan tidak menggunakan orang tengah. Majlis Perbandaran Seberang Prai, dibawah kerajaan Pulau Pinang, telah melaksanakan lima tahun pertama sejak 2008 untuk tidak menggunakan kontraktor pengumpulan sampah, digantikan dengan 2,500 pekerja Malaysia yang mendapat pendapatan terus sebanyak RM 1,900. Lebih baik  mengambil pekerja kontrak terus berbanding membayar kontraktor kroni. Setiap pengambilan baharu menyaksikan lebih 10 kali ganda permohonan berbanding tawaran jawatan, satu manifestasi bahawa rakyat Malaysia bersedia untuk bekerja di sektor 3D mengikut tangga gaji yang setimpal.

Pertumbuhan gaji menerusi penstrukturan bukan sahaja akan memberi manfaat kepada kelas bawahan. Sekiranya tukang pengumpul sampah dibayar sebanyak RM 2,000, ia akan menjadi penanda aras bahawa pendapatan setiap individu juga perlu naik. Adakah berbaloi jika majikan enggan menaikkan kadar gaji, mereka akan rasa sukar mendapatkan pekerja, kebanyakkanya, sekurang-kurangnya, graduan baharu bekerja sebagai tukang kutip sisa sampah. Hanya kelas bawahan yang mendapat pendapatan yang lumayan mampu meningkatkan tahap produktiviti dan mencetuskan kadar gaji yang tinggi.

Mungkin terdapat pandangan yang berbeza yang menyatakan pembayaran gaji yang tinggi akan membebankan majikan, tetapi dengan merapatkan jurang antara pekerjaan berkemahiran rendah dan tinggi, industri mempunyai peluang untuk memberikan insentif bagi mencipta dan mengambil pekerja  berkemahiran tinggi serta menghasilkan  pendekatan berdasarkan kemahiran.

Daripada mengambil pekerja asing lima hingga enam orang untuk menjadi tukang kutip sampah, mengapa tidak seorang pemandu Malaysia yang berpotensi dalam menguruskan operasi trak pungutan sampah automatik dan membayarnya sama dengan gaji beberapa orang pekerja asing?

  1. Perubahan paradigm daripada model pembangunan eksport kos rendah

50 tahun dahulu, Asia Timur telah menjadi contoh utama dalam model  Flying Geese yang meletakkan bahawa Amerika Syarikat merupakan destinasi eksport terakhir. Kerajaan telah menurunkan gaji dalam usaha menarik minat pelabur luar menentukan pembinaan harga produk eksport yang berdaya saing.

Tetapi, modul ini akan berakhir tidak lama lagi – atau lebih spesifik, modul ini kehilangan cengakamannya. Semasa awal tahun 1970-an, sektor eksport telah membawa kejayaan yang besar di Malaysia. Namun, Malaysia hilang kelebihan daya saing apabila China memasuki Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 2001. Sejak berlakunya krisis kewangan global pada 2008, ia telah mengganggu kedudukan Amerika Syarikat (termasuk Eropah) sebagai destinasi terakhir untuk eksport Asia yang telah gagal kerana pembanguan  negara maju yang terhad pada masa lalu tidak mencipta pekerjaan yang baik, bermaksud kadar pengguna yang dihasilkan di Asia tidak akan meningkat sepenuhnya, dan akan menurun kelak.

Stratergi eksport menyatakan kekayaan Amerika Syarikat dan Eropah dapat digunakan untuk produk industri Asia secara berterusan. Sejak 2008, Amerika Syarikat dan Eropah telah mengalami pertumbuhan yang perlahan dan kadar pengangguran yang tinggi. Perkara ini bermaksud pertumbuhan gaji tidak akan meningkat dan kepenggunaan tidak begitu kukuh.

Penguasaan Amerika Syarikat sebagai pengendali pembangunan eksport kini di penghujung jalan. China akan menjadi negara yang mendapat kelebihan daripada situasi begini. Kita perlu bersungguh-sungguh melakukan pemikiran semula akan kedudukan model pembangunan ekonomi Malaysia secara khusus dan Asia umumnya.

Kini, Malaysia menjadi daya tarikan kepada pelabur luar yang mengambil pekerja asing untuk menggabungkan bahagian import dengan nilai tambah yang minimum, tidak berkesan kepada tempatan dan kesan kepelbagaian yang rendah.

Kebergantungan kepada buruh asing merupakan kunci kepada pengukuhan model eksport. Persaingan antara buruh asing dan pekerja tempatan berlaku dengan menurunkan kadar gaji. Situasi ini telah memberi kesan buruk kepada ekonomi tempatan kerana kemampuan pengguna domestik tidak boleh disekat apabila rakyat mempunyai kuasa belanja yang kecil.

Pasaran domestik akan berkembanga jika industri mempunyai komitmen utuh untuk mencipta pekerjaan berkemahiran kelas menengah. Kepanggunaan domsetik telah menjadi pemacu utama dalam ekonomi Malaysia sejak 2009, didorong oleh hutang, bukan pendapatan, sehingga menyebabkan kadar hutang isi rumah meningkat hampir 90 % KDNK. Cabarannya adalah untuk mengembangkan pasaran domestik dan serantau dengan pertumbuhan tahap pendapatan, bukan dengan kebergantungan yang didorong hutang

Apakah perkara yang mampu menggantikan buruh asing yang murah dalam industri pembinaan untuk mencapai kecekapan kos yang sama? Jelas sekali, ia adalah dengan automatik. Kaedah automasi ini perlu menjadi pemacu industri dalam tempoh lima tahun akan datang.

Usaha mengurangkan kadar kebergantungan kepada buruh asing bukanlah satu tindakan perkauman.. Kebiasaannya, agensi pekerjaan yang tidak beretika menarik minat pekerja asing untuk menyertai pekerjaan bergaji rendah dengan pelindungan yang terendah. Dalam pekerjaan yang agak berbahaya ini, mereka tertakluk kepada penderaan, perlindungan yang lemah dan risiko kesihatan.

Tambahan pula, pekerja asing akan menggunakan kebanyakkan pendapatan mereka ke negara asal, yang menghadkan limpahan ekonomi domestik.

Daripada mengambil beribu buruh asing yang bekerja di kilang yang memasang peralatan, kita seharusnya menambah peruntukan dalam bidang kajian dan pembangunan bidang automasi. Pekerjaan yang baik dari segi pendapatan harus dicipta untuk kumpulan juruteknik tempatan berkemahiran, pembangunan perisian dan pengurusan peralatan/stor yang menyumbang kemahiran yang penting dalam memastikan garis hasil dijalankan dengan baik.

Sudah tiba masanya reputasi Malaysia sebagai pengeksport kemahiran rendah dengan kos murah perlu dihentikan. Model ini tidak lagi berfungsi dalam perdagangan berorientasikan ekonomi global yang kecil. Kita perlu memberi pendedahan kemahiran kepada rakyat Malaysia untuk persediaan pekerjaan berkemahiran sederhana dan tinggi, dan juga penjagaan kerja, kerana permintaan pekerjaan tersebut akan meningkat dengan bertambahnya kelas menengah.

  1. Kepentingan negara dalam menguruskan peralihan

Untuk memastikan pertumbuhan ekonomi akan datang, negara perlu memainkan peranan penting. Hala tuju untuk pembangunan industri dan swasta perlu jelas dan bersesuaian dengan kepentingan negara.

Ia merupakan intipati keadaan keushawanan, istilah yang diperkenalkan oleh pakar ekonomi, Mariana Mazzucato. Ekonomi tidak mampu membangun sekiranya negara dikuasai oleh pasaran bebas. Negara perlu menjadi pemain aktif melalui dana pelaburan dalam inovasi dan teknologi, dan menggubal dasar untuk mengawal selia  industri dan insentif untuk pembangunan sektor swasta, khususnya usaha untuk merencana haluan perubahan pasaran buruh ke tahap yang seterusnya.

Pertumbuhan merupakan usaha rakyat bersama, dan negara memainkan peranan penting sebagai pusat kawal selia pihak berkepentingan yang pelbagai dalam ekonomi.

Contohnya, syarikat berkaitan kerajaan  (GLC) merupakan pemain dominan dalam kebanyakkan industri di Malaysia. Tetapi, ia masih kurang jelas sekiranya mandat diberikan hanya memaksimumkan keuntungan atau menjadi penentu kepada pembangunan ekonomi negara.

Tanpa mengorbankan keutamaan menjana keuntungan, GLC boleh membawa peranan sebagai aspirasi nasional menjadi ekonomi berteknologi tinggi dan berkemahiran tinggi.

Sebagai contoh, Malaysia mempunyai sistem penjagaan kesihatan dua peringkat iaitu hospital awam dan swasta. Namun, kebanyakan hospital swasta dimiliki oleh kerajaan, melalui IHH Healthcare Bhd, KPJ, Helathcare BHD dan Sime Darby Bhd.

Dalam mencadangkan langkah positif, pertamanya GLC perlu memainkan peranan konstruktif dalam menaikkan gaji jururawat berbanding memberikan laluan kepada jururawat berpengalaman mendapatkan pekerjaan yang lebih baik di Arab Saudi dan Singapura.

Mereka juga boleh buat yang lebih baik untuk bekerjasama dengan industri kesihatan awam, melabur dalam teknologi perubatan dan menaik taraf standard penjagaan kesihatan di seluruh negara.

Ini yang saya maksudkan dengan budaya keushawanan yang aktif. Ia merupakan satu keadaan yang aktif untuk mencapai sasaran strategi dalam pelbagai industri seperti kewangan, perniagaan, dan pelaburan.

Pertumbuhan dan pengagihan seperti dua sayap kapal terbang. Pertumbuhan tanpa pengagihan akan memberi masalah kepada kapal terbang kerana permintaan tidak meluas dan tidak cukup untuk kekal bagi pertumbuhan jangka masa panjang, dan kegagalan untuk agihan secukupnya akan menyebabkan masalah bukan ekonomi yang mengancam prospek pertumbuhan.

Namun, pendekatan paling penting untuk pengagihan bukan hanya kebajikan. Ia adalah pekerjaan –  pekerjaan yang digaji dengan baik. Pekerjaan ini diharap dapat memberikan rakyat Malaysia memperoleh lebih keperluan asas dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pertahanan. Artikel ini merupakan petikan ucapan di Persidangan Pelan Hala Tuju Ekonomi yang dianjurkan oleh Rangkaian Demokrasi Sosial di Asia pada 22 September di Pulau Pinang.

Kongsikan artikel ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Artikel Berkaitan

Adakah Malaysia berada di ambang lonjakan kedua?

PADA tahun 1960, seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, Walt Rostow, mengemukakan teorinya tentang proses pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Menurutnya, ia perlu melalui beberapa tahap, dan di peringkat pertengahannya, merupakan tahap…
Baca Lagi